Ketika dua ahli bomba yang kepenatan dan diselaputi jelaga berhenti di sebuah restoran untuk bersarapan pagi, seorang pelayan wanita menyedari bahawa mereka adalah orang yang disiarkan dalam berita dan telah berusaha keras memadam api kebakaran di sebuah gudang sepanjang malam. Untuk menyatakan penghargaan, dia menuliskan nota ini pada bil mereka, “Biar saya belanja kamu berdua pagi ini. Terima kasih atas perkhidmatan anda dan pergi ke tempat kebakaran yang semua orang melarikan diri … Kamu memang teladan yang hebat kerana menonjolkan semangat dan keberanian yang luar biasa.”

Dalam Perjanjian Lama, kita dapat melihat contoh keberanian melalui tindakan tiga pemuda iaitu Sadrakh, Mesakh dan Abednego (Daniel 3). Mereka tidak menurut perintah untuk sujud kepada patung emas raja Babilonia, bahkan dengan berani memperlihatkan kesetiaan mereka terhadap Tuhan. Akibatnya, mereka dihukum dan dibuang ke dalam relau yang bernyala-nyala. Akan tetapi mereka tidak pernah berkompromi: “Jika Allah yang kami sembah itu sanggup menyelamatkan kami dari relau yang bernyala-nyala dan daripada kuasa tuanku, Dia akan menyelamatkan kami. Tetapi seandainya Dia tidak melakukannya juga … kami tidak akan menyembah dewa tuanku mahupun sujud menyembah patung emas yang tuanku dirikan itu” (ayat 17–18).

Tuhan telah menyelamatkan mereka malah berjalan-jalan dengan mereka di tengah-tengah api itu (ayat 25–27). Dalam pencubaan dan kesusahan yang kita tidak dapat tanggung pada hari ini, kita juga memiliki keyakinan bahawa Tuhan menyertai kita. Dia adalah berkuasa.