Pada awal tahun 2019, Charlie VanderMeer meninggal dunia pada usia 84 tahun. Berdekad-dekad lamanya dia dikenali sebagai “Uncle Charlie” oleh ribuan orang. Dia merupakan pengacara siaran radio nasional, Waktu Alkitab Kanak-kanak. Sehari sebelum dia meninggal, dia berkata kepada seorang sahabat baiknya, “Bukan tentang apa yang kamu tahu, tetapi siapa yang kamu kenal. Sudah tentunya aku berbicara tentang Yesus Kristus.”

Meskipun pada saat-saat terakhir hidupnya, Uncle Charlie masih menyatakan tentang Yesus dan semua orang perlu menerima-Nya sebagai Penyelamat mereka.

Rasul Paulus menganggap pengenalan akan Yesus sebagai tugasannya yang paling penting: “Sekarang aku anggap merugikan … aku akan mendapat apa yang jauh lebih menguntungkan, iaitu mengenal Kristus Yesus sebagai Tuhanku … aku telah meninggalkan segala perkara … Aku menganggap semua itu sebagai sampah sahaja, supaya aku boleh mendapat Kristus dan bersatu dengan Dia” (Filipi 3:8–9). Bagaimanakah kita dapat mengenal Yesus? “Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa ‘Yesus itu Tuhan,’ dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan” (Roma 10:9).

Kita mungkin tahu fakta-fakta tentang Yesus dan segalanya tentang gereja, bahkan kita mungkin sudah biasa dengan Alkitab. Tetapi satu-satunya cara untuk mengenal Yesus sebagai Penyelamat ialah menerima pemberian percuma daripada-Nya—keselamatan. Dialah Tuhan yang perlu kita kenal.