Di Taman Negara Malheur di Oregon, Amerika Syarikat, kulat yang dikenali sebagai cendawan madu menjalar melalui akar pokok seluas 9 kilometer persegi, menjadikannya organisma hidup terbesar yang pernah ditemui. Kulat ini telah “menenun filamen hitamnya yang kelihatan seperti tali kasut” di seluruh hutan lebih daripada 2000 tahun dan menyebabkan pokok-pokok lain yang sedang tumbuh mati. Filamen halus yang dipanggil “rizomorf” membentuk terowong sedalam 3 meter di bawah tanah. Walaupun organisma itu sangat besar, ia bermula dengan satu spora yang sangat kecil!

Alkitab memberitahu kita tentang satu tindakan ketidaktaatan yang mengakibatkan hukuman yang meluas, dan satu tindakan ketaatan yang membalikkannya. Rasul Paulus membandingkan 2 individu, iaitu Adam dan Yesus (Roma 5:14-15). Dosa Adam membawa hukuman dan kematian kepada “segenap umat manusia” (ayat 12). Melalui satu tindakan ketidaktaatan, semua orang menjadi berdosa dan dihukum di hadapan Tuhan (ayat 17). Tetapi Dia mempunyai cara untuk menangani masalah dosa umat manusia. Melalui pengorbanan Yesus di kayu salib, Tuhan menyediakan kehidupan kekal dan kita dijadikan benar di hadapan-Nya. Tindakan kasih dan ketaatan Kristus cukup kuat untuk mengatasi perbuatan ketidaktaatan Adam, semua orang “diberikan hidup” (ayat 18).

Melalui kematian-Nya di kayu salib, Yesus menawarkan kehidupan kekal kepada setiap orang yang percaya kepada-Nya. Sekiranya anda belum menerima pengampunan dan keselamatan-Nya, semoga anda percaya kepada-Nya pada hari ini. Sekiranya anda sudah percaya, pujilah perbuatan kasih-Nya yang agung!