Dalam cerpen The Legend of Sleepy Hollow, penulisnya, Washington Irving mengisahkan Ichabod Crane, seorang guru sekolah yang berusaha untuk mengahwini Katrina, seorang wanita muda yang cantik. Kisah utamanya adalah mengenai seorang penunggang kuda tanpa kepala telah menghantui wilayah jajahan luar bandar itu. Suatu malam, Ichabod terserempak dengan penunggang kuda yang menyeramkan lalu melarikan diri dari wilayah itu dalam ketakutan. Bagi para pembaca, jelas bahawa si “penunggang kuda” itu sebenarnya ialah saingan Ichabod yang juga ingin memikat Katrina, dan berjaya menikahi wanita itu kemudian.
Ikabod adalah nama yang pertama kali dilihat dalam Alkitab dan mempunyai latar belakang yang suram. Semasa berperang dengan orang Filistin, orang Israel membawa Tabut Perjanjian yang kudus itu ke dalam pertempuran. Inilah satu kesilapan besar. Tentera Israel dikalahkan dan tabut itu dirampas. Hofni dan Pinehas, iaitu anak lelaki Imam Eli juga terbunuh (1 Samuel 4:17), termasuk Eli (ayat 18). Ketika isteri Pinehas yang sedang hamil mendengar berita itu, “tiba-tiba dia berasa sakit beranak, lalu tidak lama kemudian dia bersalin” (ayat 19). Sebelum meninggal, Dia menamakan anaknya Ikabod (secara harfiah bererti, “tiada kemuliaan”). Katanya, “Kemuliaan Allah sudah meninggalkan Israel” (ayat 22).
Puji Tuhan! Tuhan menyingkapkan kisah yang jauh lebih besar. Kemuliaan-Nya akhirnya dinyatakan melalui Yesus, dan kemudian diberikan kepada pengikut-pengikut-Nya. “Aku memberi mereka kemuliaan yang [Bapa] berikan kepada-Ku” (Yohanes 17:22).
Tiada sesiapa mengetahui tempat letaknya Tabut Perjanjian itu sekarang, tetapi itu tidak penting. Walaupun Ikabod sudah menghilangkan diri. Melalui Yesus, Tuhan telah memberi kita kemuliaan-Nya!