Pada tahun 2010, James Ward, penulis blog bagi “I like Boring Things” (“Aku suka hal-hal yang bosan”), melancarkan “Persidangan Bosan.” Ia bertujuan untuk untuk meraikan perkara-perkara yang tidak menarik, biasa-biasa dan selalunya dilepas pandang sepanjang hari. Pada masa lalu, penceramah membentangkan topik-topik yang kelihatan tidak bermakna seperti bersin, bunyi yang dikeluarkan mesin layan diri dan mesin pencetak inkjet keluaran tahun 1999. Ward mengetahui bahawa topik tersebut mungkin membosankan, tetapi penceramah boleh mengambil subjek biasa dan menjadikannya menarik, bermakna, bahkan menggembirakan.
Beribu-ribu tahun yang lalu, Salomo, raja yang paling bijak, juga telah mencari kegembiraan dalam hal yang kelihatan tidak bermakna dan biasa-biasa. Dia berjaya dalam banyak hal, memiliki banyak ternakan, membina kekayaan, mendapatkan biduan dan biduanita serta membina bangunan mewah (Pengkhutbah 2:4–9). Sebahagian usaha ini adalah mulia dan ada yang tidak. Akhirnya raja tidak menemukan apa-apa kecuali kebosanan dalam pencariannya (ayat 11). Salomo mendukung pandangan dunia yang tidak melibatkan Tuhan seperti manusia lain. Tetapi akhirnya dia menyedari bahawa dia mendapat kegembiraan dalam hal-hal yang biasa hanya ketika dia mengingati dan menyembah Tuhan (12:1–7).
Ketika kita mendapati diri dilanda rasa bosan, marilah mulakan persidangan kecil harian kita dan “ingatlah Pencipta [kita]” (ayat 1). Tuhan membuat perkara-perkara biasa dalam kehidupan kita menjadi bermakna. Apabila kita mengingati dan menyembah Dia, kita akan kagum dan bersyukur dalam hal-hal yang biasa, serta menemukan kegembiraan dalam perkara-perkara yang nampaknya tidak bermakna.