Sehari Menjelang Krismas
“Aku tidak percaya Krismas sudah berakhir,” kata anak perempuan saya dengan kecewa.
Lebih Baik daripada Emas
Ketika pencari emas, Edward Jackson berangkat ke California semasa berlakunya Great Gold Rush (kerubut emas) di Amerika Syarikat, diarinya pada 20 Mei 1849 mencatatkan perjalanannya yang menjerihkan dengan kereta kuda, dan disusuli penyakit dan kematian. “Jangan tinggalkan tulangku di sini,” tulisnya. “Jika boleh, bawalah balik ke kampung halaman aku.” Seorang lagi pencari emas, John Walker menulis, “Sukar dibayangkan, semuanya terserah kepada nasib. ... Aku tidak akan suruh orang lain datang ke sini.”
Singa, Domba, Penyelamat!
Dua singa batu megah yang diperbuat daripada batu marmar mengawasi pintu masuk Perpustakaan Awam New York sejak perasmian perpustakaan ini pada tahun 1911. Dua singa tersebut pada mulanya diberi nama Leo Lenox dan Leo Astor sebagai penghormatan kepada pengasas perpustakaan. Tetapi semasa Kemelesetan Ekonomi Dunia, Datuk Bandar New York, Fiorello LaGuardia memberikan dua singa itu nama baru, Ketabahan dan Kesabaran, 2 sifat baik yang dia fikir patut diamalkan oleh warga New York pada tahun-tahun yang mencabar itu. Dua singa batu ini masih disebut sebagai Ketabahan dan Kesabaran pada hari ini.
Hikmat yang Besar
“Gembala memerlukan hikmat besar dan seribu mata untuk memeriksa keadaan jiwa dari semua aspek,” tulis John Chrysostom, bapa gereja yang dikasihi. Dia menulis kata-kata ini untuk membincangkan kerumitan dalam penjagaan orang secara rohani. Dia menekankan, bahawa kita memerlukan empati dan belas kasihan untuk menjangkau hati orang, kerana ia adalah mustahil untuk memaksa orang untuk sembuh.