“Masih kecewa kerana saya ingin mengecilkan ruang di jabatan kegemaran kamu?” Tanya pengurus Evelyn. “Tidak,” sambil mengetap rahangnya. Dia bertambah kecewa kerana sikap pengurusnya seolah-olah mengusiknya. Dia telah berusaha untuk membantu syarikatnya menarik minat beberapa kumpulan orang yang mempunyai minat yang berbeza, tetapi projek ini hampir tidak berjaya kerana ruang yang terhad. Evelyn menahan air matanya. Tetapi dia membuat keputusan untuk melaksanakan apa sahaja yang diminta oleh pengurusnya. Mungkin dia tidak dapat membawa perubahan yang diharapkannya, tetapi dia masih dapat melakukan tugasnya sebaik mungkin.

Dalam surat rasul Petrus yang pertama, dia menggesa orang percaya pada abad pertama “taat kepada pemerintah” (1 Petrus 2:13). Ini bukannya mudah untuk menjaga integriti kita di tempat kerja yang sukar. Tetapi Petrus memberi kita alasan untuk terus berbuat baik: “Kelakuan kamu antara orang yang tidak mengenal Allah, hendaklah begitu baik sehingga apabila mereka menuduh kamu sebagai orang jahat, mereka terpaksa mengakui perbuatan kamu yang baik, dan memuji Allah” (ayat 12). Tambahan pula, ini membantu kita menetapkan teladan yang salih bagi penganut agama lain yang sedang melihat kesaksian kita.

Sekiranya kita berada dalam suasana tempat kerja yang benar-benar buruk, mungkin lebih baik kita keluar daripada pekerjaan itu (1 Korintus 7:21). Tetapi dalam suasana yang aman, dengan pertolongan Roh Kudus, kita dapat terus melakukan kebaikan dalam pekerjaan kita dengan mengingat bahawa “Allah akan memberkati kamu” (1 Petrus 2:20). Ketika kita tunduk kepada pihak berkuasa, kita memperoleh peluang untuk memimpin orang lain mengikut dan memuliakan Tuhan.