Saya menggemari permainan Scrabble (sejenis permainan ejaan) yang mengujakan. Selepas satu permainan, rakan saya menamakan satu pergerakan sempena nama saya, iaitu “Katara.” Pada mulanya saya ketinggalan dalam keseluruhan permainan itu, tetapi pada akhirnya tanpa tersisa sekeping pun huruf di dalam beg, saya terbina perkataan tujuh huruf. Ini bermakna bahawa permainan itu tamat. Saya bukan sahaja memenangi 50 mata bonus, malah juga kesemua mata daripada baki kepingan huruf semua lawan saya. Ini membuat kedudukan saya beralih daripada tempat akhir ke tempat pertama. Sekarang bila-bila sahaja kami bermain Scrabble dan jika ada seseorang yang ketinggalan, mereka teringat apa yang berlaku dan mengharapkan munculnya “Katara.”
Mengingati apa yang terjadi pada masa lalu mampu membangkitkan semangat kita di samping memberi kita harapan. Hal itu persis seperti apa yang dilakukan oleh orang Israel ketika mereka merayakan hari Paska. Hari Paska memperingati apa yang dilakukan Tuhan untuk orang Israel yang ditindas oleh Firaun dan tukang-tukang kerahnya ketika mereka berada di Mesir (Keluaran 1:6-14). Setelah mereka berseru kepada Tuhan, Dia pun menyelamatkan umat itu dengan cara yang ajaib. Dia menyuruh mereka menyapukan darah pada tiang pintu supaya malaikat maut “melalui” anak lelaki sulung mereka dan anak jantan sulung haiwan mereka (12:12-13). Dengan itu, mereka akan terpelihara daripada kematian.
Berabad-abad kemudian, orang yang percaya kepada Yesus selalu makan Perjamuan Tuhan untuk memperingati pengorbanan-Nya di kayu salib, yang mempersiapkan apa yang kita perlukan supaya terlepas daripada dosa dan kematian (1 Korintus 11:23-26). Mengingati perbuatan Tuhan yang penuh kasih pada masa lalu memberi kita harapan pada hari ini.