“Jadikannya Milik Anda, kawan!”
Pada 11 Jun 2002, pertandingan nyanyian American Idol muncul buat pertama kalinya. Setiap minggu, penyanyi menaruh harapan dengan mempersembahkan versi lagu popular mereka sendiri, dan penonton akan mengundi siapa yang mara ke pusingan seterusnya.
Lopak Cahaya Matahari
Hari itu musim panas yang hangat dan Mollie, cucu perempuan saya yang berusia empat tahun dan saya berehat seketika selepas bermain bola. Ketika kami duduk di beranda sambil minum air, Mollie memandang ke padang dan berkata, “Lihatlah lopak cahaya matahari ‘tu.” Rupanya sinaran matahari yang menembusi melalui dedaun tebal telah menghasilkan corak cahaya di tengah bayangan gelap.
Diikuti oleh Kebaikan Tuhan
Semasa di sekolah menengah, pekerjaan pertama saya adalah bekerja di sebuah kedai pakaian wanita yang mempunyai seorang pengawal keselamatan wanita berpakaian seperti pembeli, mengikuti wanita yang dia fikir mungkin mencuri barang jualan. Orang tertentu pula memiliki wajah yang mungkin dianggap mencurigakan oleh pemilik kedai, tetapi orang lain yang tidak dianggap sebagai ancaman dibiarkan sahaja. Saya sendiri pernah disalah anggap di kedai dan diikuti, inilah pengalaman yang menarik kerana taktik itu tidak dapat dilupakan.
Ketika Seluruh Dunia Bernyanyi
Satu dendang iklan pada tahun 1970-an telah memberi inspirasi kepada satu generasi. Mula-mula lagu ini digubah sebagai sebahagian kempen iklan Coca Cola, The Real Thing (Perkara yang Benar), satu kumpulan penyanyi British yang bernama The New Seekers akhirnya menyanyikannya sebagai lagu penuh yang meningkat ke puncak carta muzik di seluruh dunia. Namun ramai orang tidak akan melupakan versi televisyen asal, yang dinyanyikan oleh sekumpulan anak muda di puncak bukit di luar Rom. Walaupun begitu aneh, dengan gambar lebah madu dan pohon buah-buahan, kami mempunyai keinginan seperti penulis lagu itu, untuk mengajar dunia menyanyi dengan bersungguh-sungguh dan kasih yang harmoni.