“Pokok berbunga lilac meliang-liuk ditiup angin.” Bait pembuka untuk puisi musim bunga si pemuisi, Sara Teasdale yang bertajuk “Mei”, mengabadikan bayangan rimbunan tumbuhan yang berwarna ungu ini yang melambai-lambai dalam angin kencang. Tetapi Teasdale sebenarnya meratapi cinta yang hilang, dan puisinya segera bernada sedih.
Pokok lilac di belakang rumah kami juga menghadapi cabaran. Selepas melalui musimnya yang paling subur dan indah, tukang kebun yang rajin telah “memangkas” setiap pokok dan menebangnya sehingga tinggal tunggul sahaja. Ini membuat saya menangis. Namun 3 tahun kemudian, selepas dahan-dahannya semakin gondol, diserang kulapuk, malah saya hampir menggali dan membersihkan tanahnya, pokok lilac kami yang telah lama menderita pula pulih semula. Rupanya pokok lilac hanya memerlukan masa, dan saya hanya perlu menunggu sesuatu yang tidak dapat saya lihat.
Alkitab memberitahu kita tentang ramai orang yang menanti dengan penuh iman meskipun menghadapi kesukaran. Nuh menunggu hujan yang lambat turun. Kaleb menunggu 40 tahun untuk dapat hidup di Tanah Perjanjian. Rebekah menunggu 20 tahun untuk mendapatkan anak. Yakub menunggu 7 tahun untuk mengahwini Rahel. Simeon menunggu-nunggu untuk melihat Bayi Yesus. Kesabaran mereka menghasilkan ganjaran.
Sebaliknya, orang yang memandang kepada manusia “seperti belukar di padang gurun” (Yeremia 17:6). Pemuisi Teasdale mengakhiri puisinya dengan sebegitu muram. “Saya melangkah jalan yang diselubungi kedinginan,” katanya sebagai kesimpulan. Namun Yeremia mengumumkan dengan sukacita tentang orang percaya, “Tetapi orang yang berharap kepada-Ku akan Kuberkati selalu. Dia bagaikan pokok yang tumbuh di tepi sungai yang mengalir (ayat 7–8).
Orang percaya tetap berakar umbi dalam Tuhan, Dia yang berjalan bersama-sama kita melalui suka duka hidup.