Suasana yang begitu mesra berlaku dalam perkenalan pertama apabila dua orang mendapati bahawa mereka mempunyai rakan yang sama. Dalam sambutan yang mungkin paling tidak dapat dilupakan, tuan rumah yang ramah mesra mengalu-alukan seorang tetamu dengan ucapan seperti, “Gembiranya bertemu dengan anda. Asalkan kawan Sam atau Samantha, jadi kawan saya juga.”
Yesus mengatakan sesuatu yang sama. Dia telah menarik perhatian orang ramai dengan menyembuhkan ramai orang. Akan tetapi, Dia juga membuat para pemimpin agama tempatan memusuhi-Nya kerana Dia tidak bersetuju dengan cara mereka mengkomersialkan rumah ibadat dan menyalahgunakan pengaruh mereka. Di tengah-tengah konflik yang semakin sengit, Dia mengambil langkah untuk melipatgandakan sukacita, harga, dan keajaiban hadirat-Nya. Dia memberi kuasa kepada para pengikut -Nya untuk menyembuhkan orang lain dan mengutus mereka memberitakan bahawa Pemerintahan Tuhan sudah menjelang. Dia meyakinkan para pengikut-Nya: “Sesiapa yang menyambut kamu, menyambut Aku juga” (10:40), dan turut menyambut Bapa-Nya yang mengutus Dia.
Sukarnya untuk membayangkan tawaran yang mengubah hidup selain persahabatan. Bagi sesiapa yang akan membuka rumah mereka, atau memberikan secawan air sejuk kepada salah seorang pengikut-Nya, Yesus menjaminkan tempat di dalam hati Tuhan. Walaupun detik itu berlaku lama dahulu, firman-Nya mengingatkan kita bahawa dalam perbuatan baik dan layanan mesra, sama ada besar atau kecil, masih ada cara untuk menyambut, dan dialu-alukan sebagai sahabat kepada sahabat Tuhan.