Lebih kurang 10 keping lego telah dijual kepada setiap orang di bumi setiap tahun―jumlahnya melebihi tujuh puluh lima juta bata plastik kecil. Jika bukan atas kenekadan pembuat mainan dari Denmark, Ole Kirk Christiansen, maka tidak lagi wujudnya permainan Lego untuk disusun bersama.
Christiansen mengalami kesusahan selama beberapa dekad di Billund, Denmark, sebelum dia berjaya menciptakan Leg Godt yang bermaksud “bermain dengan baik”. Malah, bengkelnya juga pernah dilanda kebakaran sebanyak dua kali. Dia mengharungi kebankrapan dan waktu perang dunia yang menyebabkan kekurangan bahan mentah. Akhirnya pada hujung 1940-an, dia mendapat idea untuk mencipta bata plastik yang boleh melekat diri (self-locking). Sewaktu Ole Kirk meninggal dunia pada tahun 1958, Legos telah pun berada di ambang mencipta nama yang terkenal di seluruh dunia.
Kadang-kadang amat sukar untuk tetap tabah menghadapi cabaran dalam pekerjaan dan kehidupan. Begitu jugalah dengan kehidupan rohani kita ketika kita berusaha bertumbuh untuk semakin menjadi seperti Yesus. Kita akan sentiasa menghadapi kesukaran, lebih-lebih lagi kita memerlukan kekuatan Tuhan untuk tabah menghadapi segalanya. Seperti yang dicatatkan oleh rasul Yakobus “Berbahagialah orang yang tabah semasa mengalami cubaan” (Yakobus 1:12). Kadang-kadang cubaan yang kita hadapi adalah rintangan dalam hubungan harian, masalah kewangan atau kesihatan kita. Kadang-kadang ia juga merupakan godaan yang cuba memperlahankan matlamat kita untuk memuliakan Tuhan dengan kehidupan kita.
Akan tetapi, Tuhan berjanji Dia akan memberi kita kebijaksanaan untuk menghadapi waktu begitu (ayat 5) dan Dia meminta kita mempercayai Dia akan mencukupkan segala keperluan kita (ayat 6). Melalui semuanya, apabila kita mengizinkan Dia membantu kita untuk bertabah dalam memuliakan nama-Nya dengan kehidupan kita, kita akan menerima berkat yang sejati (ayat 12).