Bulan: September 2022

Orang yang Saling Memerlukan

Dalam kerjayanya yang masyhur sebagai seorang penulis sukan, Dave Kindred telah membuat liputan terhadap ratusan acara sukan dan kejuaraan besar-besaran, malah dia pernah menulis sebuah autobiografi tentang Muhammad Ali. Oleh sebab semakin bosan dengan persaraannya, maka dia mula menghadiri perlawanan-perlawanan sukan bola keranjang perempuan di sebuah sekolah tempatan. Tidak lama kemudian, Dave mula menulis cerita-cerita tentang setiap perlawanan dan memuat naik cerita-cerita tersebut ke Internet. Apabila ibu Dave dan cucu lelakinya meninggal dunia, malahan isterinya mengalami strok yang melemahkan tubuh badannya, Dave menyedari bahawa berita pasukan yang diliputi olehnya telah memberikannya perasaan komuniti dan tujuan hidup. Dia memerlukan mereka sebagaimana mereka memerlukan Dia. Kindred berkata, “Pasukan ini telah menyelamatkan saya. Kehidupan saya pernah dipenuhi kegelapan ... dan merekalah cahaya dalam kehidupan saya.”

Air Kehidupan

Bunga-bunga potong sudah tiba dari Ecuador. Pada masa bunga-bunga itu tiba di rumah saya, bunga-bunga tersebut telah pun layu disebabkan perjalanan lama. Saya menerima arahan untuk menyiram bunga-bunga itu dengan air sejuk yang menyegarkan. Bagaimanapun , sebelum berbuat demikian, tangkai bunga-bunga tersebut perlu dipangkas untuk memudahkan penyerapan air. Namun begitu, adakah bunga-bunga tersebut akan terus hidup?

Keputusan yang Melulu

Sewaktu saya masih remaja, saya pernah memandu kereta dengan terlalu laju dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengikut kawan saya pulang ke rumahnya selepas latihan bola keranjang di sekolah menengah. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat dan menyukarkan saya mengikuti keretanya dari belakang. Tiba-tiba, ketika pengelap cermin kereta saya membersihkan cermin hadapan yang dicurahi air, saya terkejut apabila mendapati bahawa kereta Sedan kawan saya itu sudah pun berhenti di hadapan saya! Lalu saya terus memijak brek dengan tiba-tiba. Kereta saya terus tergelincir keluar dari jalan raya dan merempuh sebatang pokok besar. Akibatnya kereta saya termusnah dan saya dimasukkan ke wad koma di sebuah hospital tempatan. Walaupun saya terselamat disebabkan oleh rahmat Tuhan, tindakan saya yang melulu itu terbukti mengakibatkan kerugian yang sangat besar.

Iman yang Imaginatif

“Papa, tengok!” “Pokok-pokok itu melambai-lambai kepada Tuhan!” Semasa kami memerhatikan dahan-dahan pokok Betula (birch) yang berayun-ayun apabila ditiup oleh angin kencang, saya tersenyum melihat cucu saya yang begitu teruja. Hal itu membuat saya bertanya-tanya pada diri sendiri, adakah saya juga mempunyai iman yang imaginatif seperti itu?

Mempelajari dan Menyayangi

Di sebuah sekolah rendah di Greenock, Scotland, tiga orang guru yang sedang cuti bersalin membawa bayi mereka ke sekolah sekali dalam 2 minggu untuk berinteraksi dengan murid-murid sekolah. Waktu bermain dengan bayi dapat menanam sifat empati dalam diri kanak-kanak, atau sifat prihatin dan ambil berat terhadap orang lain. Selalunya, murid-murid yang paling terbuka adalah mereka yang “agak mencabar”, kata seorang guru sekolah. “Selalunya merekalah (murid-murid) yang saling berinteraksi secara bersemuka.” Mereka menyedari “betapa sukarnya untuk menjaga seorang kanak-kanak”, dan “mengetahui dengan lebih mendalam tentang perasaan antara satu sama lain.”