Di sebuah sekolah rendah di Greenock, Scotland, tiga orang guru yang sedang cuti bersalin membawa bayi mereka ke sekolah sekali dalam 2 minggu untuk berinteraksi dengan murid-murid sekolah. Waktu bermain dengan bayi dapat menanam sifat empati dalam diri kanak-kanak, atau sifat prihatin dan ambil berat terhadap orang lain. Selalunya, murid-murid yang paling terbuka adalah mereka yang “agak mencabar”, kata seorang guru sekolah. “Selalunya merekalah (murid-murid) yang saling berinteraksi secara bersemuka.” Mereka menyedari “betapa sukarnya untuk menjaga seorang kanak-kanak”, dan “mengetahui dengan lebih mendalam tentang perasaan antara satu sama lain.”

Belajar daripada seorang bayi bukannya sesuatu idea yang baharu bagi orang yang percaya kepada Yesus. Kita tahu bahawa Yesus juga datang ke dunia ini sebagai seorang bayi. Kelahiran-Nya telah mengubah segala kefahaman kita tentang perhubungan kasih sayang. Golongan pertama yang mengetahui akan kelahiran Kristus adalah golongan gembala, pekerjaan yang bertaraf rendah dan melibatkan penjagaan domba-domba yang lemah dan mudah terdedah kepada bahaya. Kemudiannya, apabila kanak-kanak dibawa ke pangkuan Yesus, Dia memperbetulkan murid-muridnya yang berpendapat bahawa kanak-kanak tidak bernilai. “Biarlah kanak- kanak datang kepada ku” kata Yesus, “Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Tuhan” (Markus 10:14 ). Yesus “memeluk semua kanak-kanak di situ, kemudian Dia meletakkan tangan-Nya pada tiap-tiap anak, dan memberkati mereka” (ayat 16). Kadang- kadang dalam kehidupan kita, kita sebagai anak-Nya yang “mencabar”, boleh juga dianggap sebagai tidak bernilai. Sebaliknya, seperti mana Tuhan datang ke dunia ini sebagai seorang bayi, Kristus telah menerima kita dengan kasih sayang-Nya—dengan itu, Dia telah mengajari kita tentang kuasa penyayang dengan mengasihi bayi dan semua manusia.