Mendengar Kristus, Bukan Kekacauan
Setelah meluangkan masa berjam-jam menonton berita di televisyen setiap hari, lelaki tua itu mulai berasa gelisah dan bimbang kerana dunia sedang menuju kehancuran dan akan membawanya bersama. “Tolong matikan televisyen”, anak perempuannya memohon kepadanya. “Tolong berhenti dengar semua ini.” Tetapi lelaki tua itu pula terus menghabiskan masa yang banyak di media sosial dan sumber-sumber berita yang lain.
Berpegang pada Firman Tuhan
Sebuah cecincin besi yang kasar bertahan melawan musim sejuk yang menyeksakan di Minnesota, ketika ia tergantung pada bingkai pintu rumah ladang yang usang milik bapa saudara saya. Tidak jauh dari situ juga terdapat cecincin lain yang berpaut teguh pada bangsal, tempat menyimpan hasil tenusu. Apabila ribut salji menimpa kawasan itu, bapa saudara saya akan memasang satu tali antara kedua-dua cecincin supaya dia dapat menemui jalan antara rumahnya dan bangsal. Pegangan yang teguh terhadap tali itu menghindari dirinya sesat dalam ribut salji yang teruk.
Lebih Baik Bersama-sama
Marie, seorang ibu tunggal yang bekerja, jarang sekali ponteng ibadat gereja atau kelas pengajian Alkitab. Setiap minggu, dia menaiki bas pergi dan balik ke gereja bersama dengan lima orang anaknya, malah dia turut membantu untuk mengatur dan membersihkan gereja. Pada satu pagi Ahad, pastor memberitahu Marie bahawa beberapa orang ahli gereja ingin membantu keluarganya. Sepasang suami isteri menyediakan rumah dengan kadar sewa yang rendah. Satu pasangan lagi menawarkan peluang pekerjaan di kedai kopi mereka. Seorang pemuda pula memberi Marie sebuah kereta lama yang telah dibaiki pulih dan berjanji akan menjadi mekanik peribadinya. Marie bersyukur kepada Tuhan atas sukacita kehidupan dalam sebuah komuniti yang setia melayani Tuhan dan satu sama lain.