Bertahun-tahun yang lalu, Julie Landsman telah mengikuti sesi uji bakat untuk menjadi pemain hon Perancis untuk Orkestra Opera Metropolitan New York. MET (Teater Pendidikan Metropolitan) telah mengadakan sesi uji bakat mereka di belakang sebuah skrin untuk mengelakkan terjadinya prasangka oleh para pengadil. Landsman telah menjalani uji bakatnya dengan baik dan akhirnya memenangi pertandingan tersebut. Tetapi apabila dia melangkah keluar dari sebalik skrin, beberapa orang pengadil yang semuanya terdiri daripada lelaki, berjalan ke bahagian belakang bilik dan membelakanginya. Rupa-rupanya, Julie bukannya calon yang dijangkakan mereka.
Apabila orang Israel meminta Tuhan memberi mereka seorang raja, Tuhan mengabulkan permintaan mereka dan memberi mereka seorang lelaki yang penampilannya cukup mengagumkan, seperti raja-raja dari negara lain (1 Samuel 8:5; 9:2). Namun, oleh sebab Raja Saul bersikap tidak percaya dan taat kepada Tuhan dalam tahun-tahun awal pemerintahannya, maka Tuhan mengutus Samuel untuk melantik seorang raja yan baharu (16:1-13). Apabila Samuel ternampak Eliab, iaitu seorang anak sulung, dia menganggap bahawa Tuhan telah memilih dia untuk menjadi raja kerana dia mempunyai rupa fizikal yang mengagumkan. Namun, Tuhan telah mencabar pemikiran Samuel: “Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi TUHAN melihat hati” (ayat 7). Tuhan telah memilih Daud untuk memimpin umat-Nya (ayat 12).
Tuhan melihat sikap, kehendak dan motif apabila menilai keupayaan dan kesesuaian seseorang untuk tujuan-Nya. Dia menyuruh kita supaya melihat dunia dan orang sebagaimana Dia melihat, iaitu melihat sikap hati seseorang dan bukannya penampilan luaran atau kelayakan mereka.