Holly Cooke tidak mempunyai seorang pun kawan apabila dia berpindah ke London untuk bekerja. Dia berasa sungguh sedih terutama pada hujung minggu. Menurut satu tinjauan global, London ialah kota yang lazim membuat orang berasa sedih—dengan 55 peratus warga London mengatakan mereka kesepian, berbanding hanya 10 peratus bagi penduduk di Lisbon, Portugal, iaitu ibu kota negara jirannya.
Untuk berhubung dengan orang, Holly menentang ketakutannya dan membentuk kumpulan media sosial yang dipanggil Kelab Wanita Kesunyian London—dan kira-kira tiga puluh lima ribu orang telah menyertainya. Mereka mengadakan pertemuan kumpulan kecil sekali dalam beberapa minggu. Dalam pertemuan itu, mereka sering mengadakan perkelahan di taman, kelas seni, bengkel barang kemas, makan malam dan sesi senaman luar dengan anak anjing.
Cabaran kesunyian bukanlah perkara baru, Tuhan kita juga menyembuhkan perasaan terasing kita sekian lama. Tuhan kita yang kekal, “meletakkan mereka yang sebatang kara dalam lingkungan keluarga, Dia melepaskan mereka yang terikat dan memberi mereka kemakmuran” (Mazmur 68:6), tulis Daud. Meminta Tuhan menunjukkan jalan kepada kita supaya mendapat sahabat-sahabat yang mengasihi Kristus adalah satu keistimewaan yang suci. Oleh itu, inilah satu permintaan yang boleh kita ajukan secara bebas kepada-Nya. “Dialah bapa kepada anak yatim, pelindung kepada balu, Dialah Allah di tempat bersemayam-Nya yang suci” (ayat 5), kata Daud. “Segala puji bagi Tuhan, Allah Penyelamat kita, yang setiap hari memikul beban kita” (ayat 19).
Betapa hebatnya sahabat kita Yesus! Dia menganugerahkan kita sahabat karib, bermula dengan kehadiran-Nya yang mulia setiap saat. Seperti dikatakan oleh Holly, “Masa dengan sahabat-sahabat adalah baik untuk jiwa.”