Selama tiga tahun, selain membeli keperluan rumah, rakan saya Susan tidak membeli apa-apa untuk dirinya sendiri. Pandemik Covid-19 menjejaskan pendapatan Susan, dan dia mula mengamalkan gaya hidup yang sederhana. “Suatu hari, semasa membersihkan pangsapuri saya, saya perasan banyak barang saya sudah menjadi lusuh dan pudar warnanya,” kongsinya. “Ketika itulah saya mula merindui rasa segar dan keseronokan yang dibawa oleh perkara-perkara baharu. Persekitaran saya kelihatan bosan dan tidak menarik. Saya rasa seolah-olah tiada apa yang boleh dijangkakan.”

Susan mendapat dorongan daripada buku yang tidak terduga dalam Alkitab. Selepas Yerusalem jatuh ke tangan Babel, nabi Yeremia menuliskan kitab Ratapan, yang menggambarkan luka kesedihan terbuka yang dialami oleh nabi dan rakyat. Walau bagaimanapun, di tengah-tengah keputusasaan dan kesedihan, mengandungi harapan sejati─kasih Tuhan. “Belas kasihan-Nya tidak akan pudar,” tulis Yeremia. “Semuanya baru setiap pagi” (3:22-23).

Susan diingatkan bahawa kasih Tuhan yang mendalam adalah baharu setiap hari tanpa henti. Apabila cabaran hidup cenderung melumpuhkan dan membuatkan kita berasa tiada apa-apa lagi untuk dinanti-nantikan, kita boleh mengingati kesetiaan-Nya dan menantikan penyediaan-Nya untuk kita. Kita boleh berharap dengan yakin dalam Tuhan, tahu bahawa harapan kita tidak pernah sia-sia (ayat 24-25) kerana kita percaya kepada kasih setia dan belas kasihan-Nya.

“Kasih Tuhan adalah ‘sesuatu yang baru’ bagi aku setiap hari,” kata Susan. “Saya boleh menantikan masa depan saya dengan penuh harapan.”