Pelakon wanita yang bernama Sally Field, akhirnya merasakan apa yang setiap kita inginkan. Apabila dia memenangi Anugerah Oscar kali kedua pada tahun 1985, dia berseru dalam ucapan penghargaannya: “Apa yang saya amat inginkan bukan hanyalah penghargaan daripada anda sekalian. Kali pertama saya tidak merasakannya. Bagaimanapun, kali ini saya merasakannya dan saya tidak dapat menafikan hakikat bahawa anda semua meminati saya, sekarang ini pun anda meminati saya.”
Seorang sida-sida Ethiopia juga berasa kagum kerana dia diterima. Sebagai seorang bangsa asing dan seorang sida-sida, dia dilarang memasuki laman dalam Bait Suci (lihat Efesus 2:11-12; Ulangan 23:1). Namun demikian, dia ingin sekali untuk diterima. Filipus menemui sida-sida ini dalam perjalanannya pulang dari satu lagi ibadat ke Yerusalem yang tidak mendatangkan kepuasan (Kisah Para Rasul 8:27).
Masa itu sida-sida Ethiopia ini sedang membaca kitab Yesaya, yang mengandungi janji Tuhan bahawa “Kepada si sida … yang berpegang kepada perjanjian-Ku, kepada mereka akan Kukurniakan dalam bait-Ku dan dalam pagar tembok-Ku … nama abadi yang tidak akan lenyap” (Yesaya 56:4-5). Tuhan seolah-olah berbicara kata-kata ini kepada dia. Bagaimana mungkin perkara ini boleh berlaku? Selepas Filipus “menyampaikan berita baik tentang Yesus kepada sida-sida itu,” dia menjawab, “Lihat, di sini ada air. Apa yang menghalang saya daripada dibaptiskan?” (Kisah Para Rasul 8:35-36).
Sebenarnya dia sedang bertanya, Adakah saya betul-betul diterima Tuhan? Filipus membaptiskannya sebagai tanda bahawa Yesus telah meruntuhkan setiap dinding pemisah (Efesus 2:14). Yesus menyambut dan menyatukan setiap orang yang meninggalkan dosa mereka, lalu menaruh kepercayaan kepada Dia. Sida-sida tersebut “meneruskan perjalanan dengan sukacita” (Kisah Para Rasul 8:39). Dia akhirnya dan sepenuhnya diterima oleh Tuhan.