Ucapan yang disampaikan oleh William McRaven pada satu upacara konvokesyen tentang mengemas katil setiap hari telah mencapai tontonan sebanyak 100 juta orang dalam talian. Sebagai Laksamana Tentera Laut, Udara dan Darat Amerika Syarikat (SEAL) yang sudah bersara, dia juga berkongsi satu lagi pelajaran yang penting. Semasa satu operasi ketenteraan di Timur Tengah, McRaven dengan sedihnya mengakui bahawa beberapa orang dalam sebuah keluarga yang tidak bersalah telah terbunuh kerana berlaku kesilapan. Dia berasa berhutang untuk memohon maaf dengan penuh ikhlas kepada keluarga tersebut, justeru itu McRaven dengan berani meminta pengampunan daripada bapa mangsa yang dukacita.
McRaven memberitahunya melalui seorang penterjemah. “Saya seorang askar. Saya juga ada anak dan hati saya turut bersedih untuk kamu”. Apakah respons lelaki itu? Dia memaafkan McRaven dengan kemurahan hati. Anak lelakinya yang masih hidup memberitahunya, “Terima kasih banyak. Kami tidak akan menyimpan kebencian terhadap anda.”
Rasul Paulus juga menuliskan tentang rahmat sedemikian; “Sebagai orang pilihan Allah yang suci dan amat dikasihi-Nya kamu haruslah bersifat belas kasih, baik budi, rendah hati, lemah lembut dan sabar” (Kolose 3:12). Dia tahu ujian kehidupan akan menimpa hidup kita dengan pelbagai cara, oleh itu dia menggesa orang percaya di Kolose; “Bersabarlah terhadap satu sama lain, maaf-memaafi, jika seseorang ada sesuatu aduan terhadap yang lain. Sebagaimana Tuhan telah mengampuni kamu” (ayat 13).
Apakah yang membolehkan kita mempunyai hati yang maaf-memaafi dan berbelas kasihan? Kasih Tuhan yang maha pemurah. Seperti yang dikatakan oleh Paulus, “Paling utama amalkanlah kasih, ikatan dan penyatu yang sempurna” (ayat 14).