Letakkan di atas Piring Tuhan
Selama bertahun-tahun, seorang ibu berdoa sambil menolong anak perempuannya mengharungi sistem penjagaan kesihatan dan mendapatkan kaunseling serta perubatan terbaik. Keadaan tinggi rendah emosi anaknya yang terlalu ekstrem membuatkan ibunya rasa amat tertekan. Oleh sebab sering berasa letih akibat kesedihan, ibunya sedar bahawa dia juga perlu menjaga dirinya sendiri. Seorang kawan mencadangkan dia menulis semua kebimbangannya dan semua perkara di luar kawalannya di atas sekeping kertas, lalu meletakkannya di atas “piring Tuhan” di tepi katilnya. Praktik yang mudah ini tidak menghapuskan semua tekanannya, tetapi dengan melihat piring itu, ibu itu mengingatkan dia bahawa semua kebimbangan itu berada di atas piring Tuhan, bukan di atas bahunya.
Muliakan Kristus dalam Segala Hal
James Innell Packer, juga dikenali sebagai J.I. Packer, telah meninggal dunia pada tahun 2020, lima hari sebelum hari jadinya yang ke-94. Dia ialah seorang penulis dan pastor. Bukunya yang amat terkenal bertajuk Knowing God (Mengenal Tuhan), telah dijual lebih daripada 1.5 juta naskhah sejak diterbitkan. Packer mendukung kewibawaan alkitabiah dan pemuridan orang Kristian, serta menggesa semua orang yang percaya kepada Kristus agar hidup sepenuhnya untuk Yesus. Pada usianya yang sudah lanjut, dia ditanya tentang apa kata-kata terakhirnya kepada gereja. Packer hanya berkata: “Muliakan Kristus dalam segala hal.”
Pengaruh Kita Terhadap Orang Lain
Apabila Dr. Lee, profesor di seminari saya mendapat tahu bahawa penjaga bangunan sekolah kami, Benjie, akan lewat sampai untuk makan tengah hari bersama kami, dia secara diam-diam menyimpan makanan untuknya. Semasa saya sedang bersembang dengan rakan sekelas, Dr. Lee juga secara diam-diam meletakkan potongan kek beras yang terakhir serta menambah cebisan kelapa parut ke atas kek tersebut. Dr. Lee ialah seorang ahli teologi yang terkemuka, ini merupakan salah satu perbuatan baiknya yang saya lihat sebagai contoh kesetiaan Dr. Lee kepada Tuhan. Selepas dua puluh tahun kemudian, perbuatannya masih meninggalkan pengaruh yang mendalam bagi saya.
Bilik Gelap di Hutan
Pihak tentera langsung tidak memberi peluang kepada Tony Vaccaro untuk menjadi jurugambar, namun itu tidak menghalangnya. Dia terus mengambil gambar walaupun dalam keadaan bahaya ketika mengelak daripada terkena tembakan peluru dan meriam yang seperi hujan jatuh dari celah pokok. Kemudian ketika rakan-rakannya sedang tidur, dia menggunakan topi keledar mereka untuk membancuh bahan kimia bagi mencuci gambarnya. Malam yang gelap di hutan itu telah menjadi bilik gelap bagi Vaccaro untuk mencipta satu rekod yang tidak lapuk dek zaman tentang pertempuran Perang Dunia Kedua di Hutan Hürtgen.