Kadang-kadang mesej rohani muncul di tempat yang tidak dijangka, contohnya dalam buku komik. Penerbit buku komik, Marvel Comics, Stan Lee meninggal dunia pada tahun 2018, dan dia mereka siri wira yang ikonik seperti Spider-Man, Iron Man, Fantastic Four, Hulk dan banyak lagi.
Lelaki yang terkenal dengan senyuman sambil memakai cermin mata hitam itu mempunyai ungkapan yang menarik, yang biasa di tandatanganinya dalam ruangan bulanan komik Marvel selama beberapa dekad—perkataan excelsior. Ketika menulis dalam media sosial, “Tweeter” pada tahun 2010, Lee menjelaskan maksud perkataan yang berasal daripada bahasa Latin ini: “Ke atas dan seterusnya menuju kemuliaan yang lebih besar!’ Itulah yang saya harapkan untuk anda setiap kali saya selesai menulis “tweet”! Excelsior!”
Saya menyukai penjelasan itu. Sama ada Stan Lee menyedarinya atau tidak, penggunaan frasa yang luar biasa ini pastinya selari dengan apa yang ditulis oleh Paulus dalam kitab Filipi ketika dia memberi nasihat kepada orang percaya untuk tidak melihat ke belakang, tetapi ke hadapan—dan ke atas: “tetapi satu perkara kulakukan: Melupakan segala yang di belakang dan cuba mendapatkan segala yang di hadapan, aku terus berusaha ke arah matlamat mendapatkan ganjaran, iaitu panggilan Allah ke syurga dalam Kristus Yesus” (ayat 13-14).
Kita senang terjerat dalam penyesalan atau bergelut tentang keputusan yang telah dibuat pada masa lalu. Tetapi dalam Kristus, kita dijemput untuk meninggalkan penyesalan dan terus berusaha ke hadapan dan seterusnya kepada kemuliaan Tuhan yang lebih besar, melalui pengampunan dan tujuan yang diberikan oleh-Nya dengan penuh kemurahan! Excelsior!