Hidangan terlaris Jocelyn di gerai makanan miliknya ialah bubur nasi. Dia akan mengacau bubur nasi dengan berhati-hati sehingga mempunyai konsistensi yang baik. Jadi, dia terkejut apabila seorang pelanggan tetapnya berkata, “Perisa bubur anda rasanya berbeza. Teksturnya tidak begitu halus.”
Pembantu baru Jocelyn yang menyediakan bubur pada masa itu menjelaskan mengapa bubur itu merasa berbeza: “Saya tidak mengacau seperti yang tertera pada resipi, kerana begitulah cara saya masak di rumah. Saya juga menambah lebih banyak minyak bijan. Pada pendapat saya, rasanya lebih baik seperti itu. Jocelyn telah membuat keputusan untuk tidak mengikut resipi asal, sebaliknya memasak dengan cara sendiri.
Kadang-kadang inilah cara saya memberikan reaksi kepada perintah Tuhan. Saya sepatutnya mematuhi sepenuhnya perintah-perintah-Nya seperti yang diberikan dalam Alkitab, tetapi saya mengikut pendapat saya dan meneruskan dengan cara saya sendiri.
Naaman, seorang komander tentera dari Syria, hampir membuat kesilapan yang sama. Apabila dia menerima perintah Tuhan melalui nabi Elisa untuk mencuci dirinya di sungai Jordan supaya penyakit kustanya akan sembuh, askar yang bangga itu marah. Dia mempunyai anggapan tersendiri bagaimana keperluannya harus ditangani, bahkan mempercayai pendapatnya lebih tinggi daripada perintah Tuhan (2 Raja 5:11-12). Bagaimanapun, hamba-hambanya menasihatinya untuk mendengar kata-kata Elisa (ayat 13). Sebagai kesan, Naaman menjadi sembuh.
Apabila kita melakukan sesuatu dengan cara Tuhan, kita akan mengalami kedamaian yang tidak dapat dijelaskan. Mari kita bekerjasama dengan-Nya untuk memenuhi tujuan-Nya.