Kita mempunyai pelbagai penjodoh bilangan untuk merujuk kepada jumlah haiwan yang banyak. Sudah tentu anda pernah mendengar tentang sekawan biri-biri, kelompok lembu, ataupun sekumpulan angsa. Namun dalam Alkitab, jemaah Tuhan diberikan metafora yang amat berbeza, bukan sahaja dari segi bilangan, tetapi lebih kepada peranannya, yakni bangunan.

Sebenarnya, perkataan ‘bangunan’, adalah salah satu nama diumpamakan untuk mewakili orang-orang yang percaya kepada Yesus di dalam Alkitab. “Kamu juga boleh diumpamakan sebagai bangunan Allah,” tulis rasul Paulus (1 Korintus 3:9). Terdapat juga nama-nama lain untuk orang percaya: “semua kawanan” (Kisah Para Rasul 20:28), “tubuh Kristus” (1 Korintus 12:27), “Saudara-saudaraku” (1 Tesalonika 2:14), dan banyak lagi.

Metafora bangunan berulang lagi dalam 1 Petrus 2:5, seperti yang dikatakan oleh Petrus kepada gereja, “Kamu juga umpama batu hidup, yang digunakan untuk membina rumah rohani.” Kemudian dalam ayat 6, Petrus memetik Yesaya 28:16, “Lihat, Aku meletakkan batu asas di Sion, sebuah batu yang teruji.” Yesus ialah asas bangunan-Nya.

Kita mungkin percaya bahawa inilah tugas kita untuk membina gereja, tetapi Yesus berkata, “akan Kubina jemaah-Ku” (Matius 16:18). Kita dipilih oleh Tuhan untuk “mengisytiharkan puji-pujian bagi Dia yang telah memanggilmu daripada kegelapan kepada cahaya-Nya yang gemilang” (1 Petrus 2:9). Apabila kita mengisytiharkan pujian-pujian itu, kita menjadi alat di tangan-Nya ketika Dia melakukan kerja baik-Nya.