Jantung manusia adalah organ yang menakjubkan. Stesen pam yang bersaiz segenggam tangan mempunyai berat antara 200 dan 425 gram. Setiap hari jantung berdegup sekitar 100,000 kali dan mengepam 2,000 gelen darah melalui 96,000 kilometer saluran darah di dalam badan kita! Dengan tugasan yang strategik dan beban kerja yang berat, dapat difahami sebabnya kesihatan jantung ialah pusat bagi kesejahteraan seluruh tubuh kita. Sains perubatan menggalakkan kita memupuk tabiat yang sihat kerana keadaan jantung kita dan kualiti kesihatan kita berkait rapat.
Walaupun sains perubatan menyatakan secara berwibawa tentang hati fizikal kita, Tuhan bercakap dengan kuasa yang lebih besar tentang “hati” yang lain. Dia bercakap mengenai “pusat” mental, emosi, rohani, dan moral kita. Oleh sebab hati adalah unit pemprosesan utama hidup kita, maka jantung mesti dilindungi: “Jagalah hatimu lebih daripada segalanya, kerana dari situlah terpancar mata air kehidupan. (Amsal 4:23). Melindungi hati kita akan membantu kita ada pertuturan yang senonoh (ayat 24), menggesa kita menggunakan mata kita dengan bijaksana (ayat 25), dan memilih jalan terbaik bagi kaki kita (ayat 27). Tidak kira usia atau peringkat kehidupan, apabila hati kita dijaga, kehidupan kita dipelihara, hubungan kita dilindungi, dan Tuhan dimuliakan.