Month: Oktober 2024

Berubah secara Dalaman

Suatu kebakaran yang paling teruk di tempat kediaman telah tercetus di United Kingdom sejak Perang Dunia II. Api telah menelan Menara Grenfell setinggi 24 tingkat yang terletak di London Barat dan meragut tujuh puluh nyawa. Siasatan mendedahkan punca utama api merebak dengan begitu cepat ialah pelapisan yang digunakan sebagai sebahagian pengubahsuaian yang meliputi bahagian luar bangunan. Bahannya ialah aluminium di bahagian luar tetapi mempunyai teras plastik yang mudah terbakar.

Yesus, Tunas yang Benar

Gereja Holy Cross merupakan sebuah gereja kecil yang menjulang tinggi di antara pergunungan merah Sedona di Arizona, Amerika. Semasa saya memasuki gereja itu, serta-merta saya tertarik dengan arca Yesus pada salib yang tidak biasa di situ. Arca Yesus itu tersalib pada dahan-dahan pokok yang mempunyai dua batang, bukannya seperti salib tradisional. Secara mendatar, batang yang terputus dan mati melambangkan suku kaum Israel dalam Perjanjian Lama yang menolak Tuhan. Manakala, batang yang satu lagi tumbuh ke atas dan bercabang melambangkan suku Yehuda yang berkembang pesat dan garis keturunan Raja Daud.

Ganjaran

Pada tahun 1921, artis Sam Rodia memulakan pembinaan Menara Watts. Tiga puluh tiga tahun kemudian, tujuh belas buah arca setinggi tiga puluh meter di Los Angeles didirikan. Namun pemuzik Jerry Garcia meremehkan karya Rodia. “Itulah ganjarannya,” kata Garcia. “Benda yang hanya akan wujud selepas kamu mati.” Kemudian dia berkata, “Saya sama sekali tidak minat dengan semua itu.”

Satu-satunya Penonton

Kyle Speller, paderi bagi satu pasukan bola keranjang yang digelar sebagai “suara Denver Nuggets”, terkenal sebagai juruacara yang menyampaikan pengumuman dengan suara yang meriah dan bersemangat di khalayak ramai semasa kejohanan kelab bola keranjang. “Jom!” suaranya bergemuruh dalam mikrofon, dan beribu-ribu peminat NBA di stadium, serta berjuta-juta orang yang menonton atau mendengar aksi itu, menyahut suara ini yang mendapat pencalonan sebagai juruhebah “All-Star Game PA” tahun 2022. “Saya tahu bagaimana merasakan emosi para hadirin dan mewujudkan semangat tuan rumah,” katanya. Selain itu, setiap perkataan yang diluahkan melalui bakat suaranya—yang turut boleh terdengar dalam iklan TV dan radio—adalah untuk memuliakan Tuhan. Tambahnya lagi, “Kerja saya adalah melakukan segala sesuatu untuk satu-satunya penonton.”

Kesaksian Robin: Dari Gelap kepada Terang Tuhan

Kesaksian Robin: Dari Gelap kepada Terang Tuhan

Saya berasal dari sebuah keluarga yang bukan Kristian. Kami berpegang teguh pada adat dan kepercayaan lama seperti melibatkan azimat serta mimpi tentang orang yang telah meninggal dunia. Saya telah menjadi Kristian setelah berkahwin. Walaupun saya sudah menjadi "Kristian" dan menghadiri gereja, saya masih belum benar-benar berubah. Saya masih terjebak dengan tabiat buruk seperti berjudi,…