Month: Oktober 2024

Tuhan Menggunakan Kisah Kita

Saya membuka kotak memori dan mengeluarkan sebiji pin lapel perak, saiz dan bentuknya sama dengan kaki bayi saya yang berumur sepuluh minggu. Sambil mengamati sepuluh jari kecil itu, saya teringat akan keguguran anak pertama ini, dan orang lain yang berkata bahawa saya “bernasib baik”, kerana keguguran yang berlaku pada awal kehamilan “tidaklah begitu teruk”. Saya berasa sungguh sedih, kerana saya tahu kaki bayi saya begitu nyata seperti jantungnya yang pernah berdenyut di dalam rahim saya. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana Dia membebaskan saya daripada kemurungan dan menggunakan kisah saya untuk menenangkan orang yang juga berduka setelah kehilangan anak. Dua dekad lebih selepas keguguran saya, suami saya dan saya menamakan bayi kami yang meninggal dengan nama Kai, yang bererti “bersukacita” dalam bahasa-bahasa lain. Walaupun saya masih bersedih akibat kehilangan itu, saya bersyukur kepada Tuhan kerana Dia menyembuhkan hati saya dan menggunakan kisah saya untuk membantu orang lain.

Respons seperti Kristus

Pada musim panas di Carolina, Amerika Syarikat, George sedang bekerja di tapak pembinaan di bawah terik matahari. Waktu itulah seseorang yang tinggal berhampiran pergi ke tempat kerjanya. Jelasnya orang itu sangat marah, malah dia mulai menyumpah dan mengkritik semua mengenai projek pembinaan tersebut dan cara projek itu dilaksanakan. George tidak memberi sebarang respons terhadap segala kutukan itu, sehinggalah orang itu berhenti berteriak. Kemudian George membalas dengan lembut, “Saya rasa encik menghadapi hari yang serba susah, bukan?” Akhirnya, muka orang yang marah itu menjadi lembut, kepalanya tunduk dan berkata, “Saya minta maaf atas kata-kata saya.” Kebaikan George telah memadamkan kemarahan jiran ini.

Berkata Ya dengan Iman 

Apabila ditanya sama ada ingin menerima tanggungjawab baru di tempat kerja, saya ingin menjawab “tak mau”. Saya terfikir akan cabaran dan berasa tidak cekap untuk menghadapinya. Namun setelah saya berdoa dan mencari panduan daripada Alkitab dan rakan-rakan seiman yang lain, saya sedar bahawa Tuhan memanggil saya untuk berkata “ya”. Melalui firman-Nya, saya diyakinkan untuk menerima pertolongan-Nya. Oleh itu, saya menerima tanggungjawab itu, tetapi masih ada sedikit kerisauan.

Mencerminkan Karakter Yesus 

Berikutan tugasnya yang mencabar di Afghanistan, Scott, seorang sarjan Tentera British, menderita gangguan jiwa. Dia teringat: “Masa itu aku berada di sebuah tempat yang sangat gelap.” Tetapi apabila dia “berjumpa Yesus dan mulai mengikut-Nya,” hidupnya berubah sepenuhnya. Sekarang dia ingin berkongsi kasih Kristus dengan orang lain, terutama kepada veteran perang yang turut ikut dengannya bertanding di Sukan Invictus, sebuah acara antarabangsa untuk bekas tentera yang tercedera.

Anugerah Perlindungan Tuhan 

Isteri saya dan saya mengayuh basikal sehingga mencapai beratus-ratus kilometer setiap tahun di seluruh Barat Michigan. Untuk merancakkan lagi pengalaman ini, kami mempunyai beberapa aksesori yang diletakkan pada basikal. Sue mempunyai lampu depan, lampu belakang, odometer (alat yang merakamkan jarak perjalanan) dan kunci basikal. Basikal saya pula mempunyai pemegang botol air. Sebenarnya, kami boleh menempuh beberapa kilometer setiap hari tanpa bantuan aksesori ini. Alat-alat ini membantu tetapi cuma pilihan.