Pada 22 November 1963, presiden Amerika Syarikat iaitu John F. Kennedy, ahli falsafah dan penulis iaitu Aldous Huxley, dan pembela Kristian iaitu C. S. Lewis semuanya meninggal dunia. Ketiga-tiga lelaki itu terkenal dengan pandangan yang sangat berbeza terhadap dunia ini. Huxley, seorang agnostik, masih berkecimpung dalam mistik Timur. Kennedy, walaupun seorang Roman Katolik, berpegang pada falsafah kemanusiaan. Lewis pula dulu seorang ateis, tetapi menjadi anggota gereja Anglikan yang lantang tentang Yesus. Kematian tidak mengenal sesiapa kerana ketiga-tiga lelaki yang terkenal ini menghadapi janji temu mereka dengan kematian pada hari yang sama.

Alkitab mengatakan bahawa kematian mula memasuki dunia manusia apabila Adam dan Hawa tidak mentaati Tuhan di taman Eden (Kejadian 3)—suatu realiti yang menyedihkan dalam sejarah manusia. Kematian adalah paling adil terhadap setiap orang, seperti yang dikatakan oleh orang, janji temu yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa pun. Inilah maksud Ibrani 9:27, “Sebagaimana manusia ditentukan mati sekali, dan selepas itu dihakimkan.”

Di manakah kita mendapat harapan tentang janji temu kita sendiri dengan kematian dan apa yang akan berlaku seterusnya? Jawapannya boleh didapatkan dalam Kristus. Roma 6:23 memberikan penjelasan yang sempurna tentang kebenaran ini: “Kerana ganjaran dosa ialah kematian tetapi kurnia Allah ialah kehidupan kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.” Bagaimanakah kita boleh mendapatkan pemberian Tuhan ini? Yesus, Anak Tuhan, mati untuk membinasakan maut dan bangkit dari kubur untuk menawarkan hidup kekal kepada kita (2 Timotius 1:10).