Semasa pengajian Charlie Ward belajar di Universiti Negeri Florida, dia merupakan pelajar atlet dua jenis sukan. Pada tahun 1993, pemain muda yang berperanan sebagai pemain suku belakang(quarterback) dalam bola sepak Amerika (quarter-back) yang muda itu telah memenangi Piala Heisman, malah dia dianugerahi sebagai pemain bola sepak universiti Amerika yang terbaik, dan dia juga serta pemain bintang dalam pasukan bola keranjang.
Suatu hari, jurulatih bola keranjangnya menggunakan kata-kata kesat semasa bercakap dengan para pemainnya sebelum permainan bermula. Dia perasan bahawa Charlie berasa “tidak menyenanginyaselesa,” lalu berkata, “Charlie, apa hal?” Jawabnya, “Tuan Jurulatih, tahu tak, Tuan Jurulatih Bowden [jurulatih bola sepak] tidak menggunakan bahasa sedemikian, tetapi dia masih dapat membuat kami bermain dengan penuh semangat.”
Karakter Charlie yang menyerupai karakter Kristus membolehkan dia bercakap dengan lembut kepada jurulatih bola keranjangnya mengenai isu penggunaan bahasa. Bahkan, jurulatih itu memberitahu seorang wartawan: “Seolah-olah ada malaikat sedang memandang kamu” apabila dia bercakap dengan Charlie.
Bukanlah mudah untuk mengekalkan nama baik apabila bersama dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus dan tetap menjadi saksi yang setia bagi-Nya. Bagaimanapun, pada masa yang sama, karakter orang yang percaya kepada Yesus boleh bertumbuh semakin serupa dengan-Nya kerana Dia menolong dan membimbing kita. Dalam Titus 2, lelaki muda yang termasuk semua orang percaya diseru supaya “mengawal diri” (ayat 6), dan “jadilah … ikhlas … dan gunakan kata-kata bijak yang tidak dapat dicela” (ayat 7-8).
Apabila kita hidup dengan cara yang berdasarkan kekuatan Kristus, kita bukan sahaja memuliakan Dia tetapi juga membina nama baik. Apabila Tuhan memberikan hikmat yang kita perlukan, orang lain akan berlapang dada mendengar kata-kata kita.