Perjalanan yang biasa dengan menaiki kereta kabel untuk melintasi sebuah lembah Pakistan bertukar menjadi pengalaman yang menakutkan. Sejurus selepas perjalanan bermula, dua kabel sokongan terputus, lalu menyebabkan lapan orang penumpang termasuk kanak-kanak sekolah tergantung-gantung ratusan kilometer di udara. Situasi yang sukar itu menyebabkan operasi menyelamat dijalankan selama dua belas jam oleh tentera Pakistan, yang menggunakan luncur gantung, helikopter dan sebagainya untuk menyelamatkan para penumpang.
Para penyelamat yang mahir terlatih itu patut dipuji, namun tugas mereka tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan Yesus, iaitu misi untuk menyelamatkan kita daripada dosa dan kematian. Sebelum kelahiran Kristus, malaikat menyuruh Yusuf untuk mengambil Maria sebagai isteri kerana kehamilannya adalah daripada “Roh Kudus” (Matius 1:18, 20). Yusuf juga diberitahu untuk menamakan anaknya Yesus, kerana Dia akan “menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka” (ayat 21). Namun begitu, walaupun nama ini biasa sahaja pada abad pertama, hanya anak ini yang layak untuk menjadi Penyelamat (Lukas 2:30-32). Kristus datang pada masa yang tepat untuk memeterai dan menjamin keselamatan kekal bagi semua yang bertaubat dan percaya kepada-Nya.
Setiap kita terperangkap di dalam kereta kabel dosa dan kematian, tergantung-gantung di lembah yang memisahkan kita selamanya daripada Tuhan. Bagaimanapun, dalam kasih dan rahmat-Nya, Yesus datang untuk menyelamatkan kita dan membawa kita kembali kepada Bapa Syurgawi kita. Pujilah Tuhan!