Iman Seorang Nenek
Kami sedang duduk di meja makan malam ketika cucu lelaki saya yang berusia sembilan tahun berkata sambil tersenyum, “Aku sama saja dengan Nenek. Aku suka membaca!” Kata-katanya membuat saya gembira. Saya teringat kembali pada tahun sebelum apabila dia jatuh sakit sehingga tidak dapat pergi ke sekolah dan harus berehat di rumah. Selepas dia bangun daripada tidur petang yang lama, kami duduk sebelah-menyebelah untuk membaca. Saya gembira dapat mewariskan kegemaran membaca buku yang saya terima daripada ibu saya.
Cinta Sekuat Kematian
Jika anda berjalan-jalan di sepanjang tembok bata lama di antara tanah perkuburan Protestan dengan tanah perkuburan Katolik di Roermond, Belanda, anda akan melihat pemandangan yang ganjil. Di kedua-kedua belah tembok itu, tersergam dua batu nisan yang sama tingginya: satu untuk si suami Protestan dan satu lagi untuk si isteri Katoliknya. Mengikut peraturan budaya pada abad kesembilan belas, pasangan ini perlu dikebumikan di tanah perkuburan yang berasingan. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat menerima hakikat tersebut. Maka mereka mendirikan batu nisan yang melebihi ketinggian dinding bata berpagar, sehingga di bahagian atas hanya terdapat jarak kira-kira 60 sentimeter yang memisahkan mereka. Malah di atas setiap batu nisan itu, ukiran lengan menjangkau lengan yang lain, masing-masing menggenggam tangan satu sama lain. Pasangan itu enggan dipisahkan, walaupun dalam kematian.
Hadirat Tuhan yang Memelihara
Apabila melihat buku tahunan sekolah menengah saya, cucu-cucu saya kagum akan gaya rambut, pakaian dan kereta “yang ketinggalan zaman” dalam foto. Saya pula nampak sesuatu yang berbeza—mula-mulanya senyuman kawan lama, ada yang masih kawan lagi. Lebih daripada itu, saya melihat Tuhan memelihara saya dengan kuasa-Nya. Hadirat-Nya yang lembut menyertai saya di sekolah semasa saya bergelut untuk menyesuaikan diri. Kebaikan-Nya memelihara saya—kebaikan yang diberikan-Nya kepada semua orang yang mencari Dia.
Tempat untuk Yesus
Saya menikmati hujung minggu saya di New Orleans—menyaksikan perarakan di French Quarter, melawat Muzium Kebangsaan Perang Dunia Kedua, dan makan tiram panggang. Bagaimanapun, ketika saya tidur di bilik tamu kawan saya, saya merindui isteri dan anak-anak saya. Saya senang hati mendapat peluang untuk menginjil di bandar-bandar lain, tetapi saya paling senang hati ketika berada di rumah.
Tuhan akan Menjawab
Apabila Pastor Timothy memakai kolar baju pendeta semasa dalam perjalanan, dia sering diberhentikan oleh orang yang tidak dikenali. “Tolong doakan aku,” orang di lapangan terbang berkata apabila mereka melihat kolar tersebut pada kot gelapnya yang biasa. Dalam penerbangan baru-baru ini, seorang wanita berlutut di sebelah tempat duduknya apabila melihatnya lalu merayu: “Adakah tuan seorang pastor? Bolehkah tuan mendoakan aku?” Lalu Pastor Timothy mendoakan wanita itu.