Pada suatu tahun, para pemimpin jemaah kami menjemput kami untuk menderma selain memberi persembahan mingguan biasa kami, untuk membina gimnasium baharu—ruang yang boleh kami gunakan untuk melayani keluarga dalam komuniti kami. Selepas berfikir panjang dan berdoa tentang kos perubatan yang diperlukan sebab hidup saya sendiri yang kurang upaya, saya bertanya kepada suami saya, “Pastikah kami boleh melakukan ini?” Dia mengangguk kemudian berkata. “Kami cuma memulangkan apa yang dimiliki Tuhan kepada-Nya”. “Dia akan menyediakan semua yang kita perlukan.” Memang betul! Lebih satu dekad kemudian, keluarga gereja kami masih melayani Yesus dengan melayani orang di gimnasium itu.

Dalam 1 Tawarikh 29, Raja Daud menunjukkan kepada para pemimpin Israel komitmennya untuk menyokong anaknya Salomo sebagai pengganti yang dipilih Tuhan dan orang yang akan membina bait suci (ayat 1-5). Semua orang mengikutinya, mereka “memberikan persembahan dengan ikhlas,” dan “bersuka ria” (ayat 6, 9). Daud memuji Tuhan dan menyatakan bahawa “segala sesuatu di langit dan di bumi” ialah kepunyaan-Nya (ayat 11). Dia berdoa: “Ya Tuhan, Allah kami, semua kelimpahan bahan yang kami sediakan untuk membangunkan sebuah bait bagi nama-Mu yang suci itu berasal daripada tangan-Mu juga dan segala sesuatu ialah milik-Mu” (ayat 16).

Sementara kita merenungkan semua yang telah diberikan dan dilakukan oleh Tuhan kepada kita, khususnya anugerah-Nya yang kita boleh membina perhubungan yang peribadi dengan Yesus, kita boleh menyatakan penyembahan kita dan menunjukkan rasa syukur dan kasih kita hanya dengan memberi kembali kepada Tuhan, Pemberi segala yang baik!