Saya pernah terbang ke India, negara yang tidak pernah saya lawati, dan tiba di lapangan terbang Bengaluru selepas tengah malam. Walaupun saya menerima banyak e-mel sebelum ini, saya masih tidak tahu siapa yang akan mengambil saya atau di mana saya harus berjumpa dengannya. Saya mengikuti ramai penumpang yang duyun pergi ke bahagian tuntutan bagasi dan kastam, kemudian keluar pada cuaca malam yang lembap dan melekit, yang saya cuba mencari sepasang mata yang mesra antara lautan wajah. Selama sejam, saya berjalan ke sana ke mari di hadapan orang ramai, dengan harapan seseorang akan mengenali saya. Seorang lelaki yang baik hati akhirnya menghampiri. “Awak Winn?” dia bertanya. “Aku benar-benar minta maaf. Aku fikir aku akan mengenali kamu, dan kamu terus berjalan di hadapanku—tetapi kamu tidak kelihatan seperti yang aku jangkakan.”

Kita kerap keliru dan gagal mengenali orang atau tempat yang patut kita tahu. Walau bagaimanapun, Tuhan menyediakan cara yang jelas untuk mengenali-Nya. Dia datang ke dunia kita sebagai Yesus, yang “adalah sinar gemilang kemuliaan Allah dan gambaran sempurna kewujudan-Nya” (Ibrani 1:3). Kristus ialah gambaran Tuhan yang sempurna. Apabila kita melihat Dia, kita mempunyai keyakinan penuh bahawa kita melihat Tuhan.

Jika kita ingin tahu tentang Tuhan—apa yang akan dikatakan-Nya, bagaimana Dia akan mengasihi kita—maka kita hanya perlu percaya kepada Yesus dan mendengarkan-Nya. Adakah kita benar-benar mendengar apa yang “[Allah] berfirman kepada kita” (ayat 2) melalui Yesus? Adakah kita benar-benar mengikuti kebenaran-Nya? Untuk memastikan bahawa kita tahu bagaimana mengenal Tuhan, kita harus memusatkan pandangan kita kepada Anak-Nya, Yesus dan belajar daripada-Nya.