Jeremy menulis, “Saya tahu sedikit tentang ketakutan akan kematian. Tujuh tahun yang lalu … Saya merasakan ketakutan yang amat sangat, meloyakan, memeningkan dan dahsyat apabila saya diberitahu bahawa saya menghidap kanser yang tidak boleh diubati.” Tetapi dia belajar untuk mengatasi ketakutannya dengan bersandar pada Tuhan dan mengubah perasaan daripada takut akan kematian kepada takut akan Tuhan. Bagi Jeremy, ini bermakna kagum kepada Pencipta alam semesta yang akan “menelan maut” (Yesaya 25:8), serta memahami secara mendalam bahawa Tuhan mengenal dan mengasihinya.
Takut kepada Tuhan—rasa hormat yang mendalam dan kagum terhadap Tuhan kita yang kudus—inilah tema yang tersebar di seluruh Kitab Suci. Raja Salomo menasihati anaknya supaya takut kepada Tuhan dalam rangkaian kata-kata hikmah, iaitu Amsal. Dia berkata bahawa jika anaknya “mengarahkan telingamu kepada hikmah” dan “menggalinya seperti menggali harta terpendam,” maka dia akan “memahami apa ertinya takut kepada TUHAN” (Amsal 2:2, 4-5). Selain memperoleh hikmah dan pengetahuan, dia juga akan memperoleh budi bicara dan pengertian (ayat 10-11).
Apabila kita menghadapi pelbagai jenis cabaran dan mengalami rasa gementar dan takut, kita diingatkan tentang keterbatasan kita. Tetapi apabila kita berpaling kepada Tuhan, memohon pertolongan-Nya,merendahkan diri di hadapan-Nya dan menyembah-Nya dengan hormat, kita akan mengalami pertolongan-Nya yang membantu kita beralih daripada rasa takut kepada rasa takut yang penuh hormat kepada-Nya.