Month: Januari 2025

Diberkati untuk Menjadi Berkat

Selama saya menjadi seorang wartawan, saya suka menceritakan kisah orang lain, tetapi saya dilatih untuk tidak berkongsi pendapat saya sendiri. Jadi bertahun-tahun selepas saya merasakan Tuhan memanggil saya keluar daripada kerjaya kewartawanan saya, apabila saya semakin merasakan Tuhan mengarahkan saya untuk menulis blog dan berbicara tentang Dia, saya agak gementar untuk berkongsi fikiran saya, terutamanya tentang iman saya. Semasa saya mula menulis blog, saya takut saya kehabisan perkara untuk dikatakan. Tetapi minggu demi minggu, saya mendapat kata-kata yang menggalakkan dan perkara untuk dikongsi. Semakin banyak yang saya tulis, semakin banyak idea yang mengalir. Perkara yang sama masih berlaku sekarang.

Ketakutan yang penuh Hormat

Jeremy menulis, “Saya tahu sedikit tentang ketakutan akan kematian. Tujuh tahun yang lalu … Saya merasakan ketakutan yang amat sangat, meloyakan, memeningkan dan dahsyat apabila saya diberitahu bahawa saya menghidap kanser yang tidak boleh diubati.” Tetapi dia belajar untuk mengatasi ketakutannya dengan bersandar pada Tuhan dan mengubah perasaan daripada takut akan kematian kepada takut akan Tuhan. Bagi Jeremy, ini bermakna kagum kepada Pencipta alam semesta yang akan “menelan maut” (Yesaya 25:8), serta memahami secara mendalam bahawa Tuhan mengenal dan mengasihinya.

Penjagaan Tuhan yang Sempurna

David Vetter meninggal dunia pada usia dua belas tahun selepas menghabiskan seluruh hidupnya dalam gelembung. Sebagai “Budak Gelembung,” David dilahirkan dengan sejenis penyakit gangguan sistem imun akibat kelainan genetik (SCID) yang teruk. Ibu bapanya telah kehilangan anak pertama mereka akibat penyakit itu dan bertekad untuk melindungi anak kedua mereka. Untuk memanjangkan hayatnya, jurutera dari NASA mereka bentuk gelembung plastik sebagai perlindungan serta pakaian angkasa supaya ibu bapanya dapat mendukung David di dunia luar. Oh, setiap kita amat rindu untuk melindungi orang yang kita sayang!

Kristus paling Penting

Saya dan isteri suka menonton filem romantik yang bersahaja dan menyenangkan. Saya boleh katakan itu ialah minatnya. Tetapi saya juga menyukainya. Daya tarikan filem-filem romantik ini terletak pada jalan ceritanya yang boleh diramalkan ke arah kebahagiaan selama-lamanya. Baru-baru ini, kami menonton sebuah filem yang menawarkan beberapa nasihat romantis yang boleh dipersoalkan. Cinta merupakan perasaan, katanya. Kemudian, ikut kata hati anda. Akhirnya, kebahagiaan anda paling penting. Emosi kita penting, sudah tentu. Tetapi emosi yang mementingkan diri sendiri merupakan asas yang buruk untuk memiliki perkahwinan yang berkekalan.

Janji Tuhan 

Amat menyakitkan apabila melihat ayah saya hilang ingatan. Demensia amat kejam, menghilangkan semua ingatan seseorang sehingga mereka tidak dapat mengingat lagi tentang kehidupan yang pernah dijalani. Pada suatu malam, saya bermimpi dan saya percaya Tuhan menggunakan mimpi tersebut untuk mendorong saya. Dalam mimpi itu, ada sebuah peti harta karun kecil di tangan-Nya. Dia berkata, “Semua kenangan ayahmu disimpan dengan selamat di sini. Sementara itu, Aku akan menyimpan semua ingatan tersebut. Kemudian suatu hari nanti, Aku akan mengembalikan kepadanya di syurga.”