Month: Januari 2025

5 Azam Tahun Baru Popular 

Ketika tahun baru tiba, ramai yang berkongsi azam mereka di media sosial. Ada yang menetapkan azam yang besar seperti, "Saya mahu menambah kekayaan. Bila kita kaya, sekurang-kurangnya kita tidak menyusahkan sesiapa," ada juga yang lebih sederhana seperti, "Saya mahu cukup tidur." Tidak kurang juga yang bergurau (atau mungkin serius), "Saya akan menyambung status bujang saya pada tahun hadapan." Namun, ada juga yang langsung…

Pendedahan Alkitab

Pada April 1817, seorang wanita muda yang kelihatan keliru ditemui berkeliaran di Gloucestershire, England, memakai pakaian eksotik dan bertutur dalam bahasa yang tidak diketahui. Dengan mengandaikan dia seorang pengemis, pihak berkuasa memasukkannya ke dalam penjara. Bagaimanapun, dia meyakinkan penangkapnya bahawa dia ialah Puteri Caraboo dari pulau Javasu. Selama sepuluh minggu, masyarakat tempatan menganggapnya sebagai seorang diraja sehingga seorang penjaga rumah tumpangan mendedahkan wanita itu. Rupanya, dia seorang pembantu rumah yang bernama Mary Willcocks.

Lebih Bernilai daripada Nyawa 

Selepas mengalami satu lagi masalah kesihatan yang tidak dijangka, saya menyertai suami dan yang lain untuk menghadiri satu retret di kawasan pergunungan. Saya menaiki tangga kayu yang menuju ke gereja kecil di puncak bukit. Bersendirian dalam gelap, saya duduk untuk berehat seketika di tangga kayu yang serpih. “Tolonglah aku, Tuhan,” saya berbisik semasa muzik mula kedengaran. Saya berjalan perlahan sehinggalah saya melangkah masuk ke gereja kecil itu, bernafas sambil merasakan kesakitan yang berlarutan. Meskipun begitu, saya bersyukur kerana Tuhan mendengar kami di padang gurun!

Hati yang Pekak

Untuk meningkatkan kemahiran bahasa isyarat, Leisa melibatkan dirinya dalam dunia orang pekak. Tidak lama kemudian dia mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Golongan pekak sering diabaikan oleh orang yang mampu mendengar, kerana mereka dijangka dapat membaca bibir dengan sempurna, malah mereka selalunya diketepikan untuk mendapat kenaikan pangkat di tempat kerja. Kebanyakan acara awam juga tidak menyediakan jurubahasa isyarat untuk mereka.

Melihat Tuhan dalam Ciptaan  

Beberapa tahun yang lalu, Kenny meninggalkan gerejanya kerana dia kehilangan kepercayaan kepada Tuhan. Kini dia kembali dan berdiri di hadapan jemaah untuk berkongsi kesaksian bahawa kepercayaannya telah dipulihkan. Bagaimana? Tuhan telah menyentuh hatinya melalui keindahan dan reka bentuk yang dilihatnya dalam ciptaan. Kenny berasa kagum kepada Tuhan sekali lagi melalui wahyu umum Tuhan yang dilihat di alam semula jadi, dan dia kini menerima kebijaksanaan yang terdapat dalam wahyu istimewa Alkitab. Selepas berkongsi kisahnya, Kenny melangkah masuk ke dalam tangki air di hadapan ruang ibadah. Bapanya, dengan air mata kegembiraan, membaptisnya berdasarkan imannya dalam Yesus.