Month: Januari 2025

Lebih Bernilai daripada Nyawa 

Selepas mengalami satu lagi masalah kesihatan yang tidak dijangka, saya menyertai suami dan yang lain untuk menghadiri satu retret di kawasan pergunungan. Saya menaiki tangga kayu yang menuju ke gereja kecil di puncak bukit. Bersendirian dalam gelap, saya duduk untuk berehat seketika di tangga kayu yang serpih. “Tolonglah aku, Tuhan,” saya berbisik semasa muzik mula kedengaran. Saya berjalan perlahan sehinggalah saya melangkah masuk ke gereja kecil itu, bernafas sambil merasakan kesakitan yang berlarutan. Meskipun begitu, saya bersyukur kerana Tuhan mendengar kami di padang gurun!

Hati yang Pekak

Untuk meningkatkan kemahiran bahasa isyarat, Leisa melibatkan dirinya dalam dunia orang pekak. Tidak lama kemudian dia mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Golongan pekak sering diabaikan oleh orang yang mampu mendengar, kerana mereka dijangka dapat membaca bibir dengan sempurna, malah mereka selalunya diketepikan untuk mendapat kenaikan pangkat di tempat kerja. Kebanyakan acara awam juga tidak menyediakan jurubahasa isyarat untuk mereka.

Melihat Tuhan dalam Ciptaan  

Beberapa tahun yang lalu, Kenny meninggalkan gerejanya kerana dia kehilangan kepercayaan kepada Tuhan. Kini dia kembali dan berdiri di hadapan jemaah untuk berkongsi kesaksian bahawa kepercayaannya telah dipulihkan. Bagaimana? Tuhan telah menyentuh hatinya melalui keindahan dan reka bentuk yang dilihatnya dalam ciptaan. Kenny berasa kagum kepada Tuhan sekali lagi melalui wahyu umum Tuhan yang dilihat di alam semula jadi, dan dia kini menerima kebijaksanaan yang terdapat dalam wahyu istimewa Alkitab. Selepas berkongsi kisahnya, Kenny melangkah masuk ke dalam tangki air di hadapan ruang ibadah. Bapanya, dengan air mata kegembiraan, membaptisnya berdasarkan imannya dalam Yesus.

Kota Kecil Betlehem

Phillips Brooks, yang merupakan seorang pastor sebuah gereja di Amerika Syarikat menulis lirik lagu Krismas “O Little Town of Bethlehem (Kota Kecil Betlehem)” kesukaan ramai setelah melawat Betlehem. Dia amat tersentuh dengan pengalaman itu sehingga dia menulis hal ini kepada murid-murid sekolah minggunya: “Saya teringat … pada petang sehari sebelum Krismas, apabila saya berdiri di hadapan gereja tua di Betlehem yang berhampiran dengan tempat kelahiran Yesus, masa itulah seluruh gereja menyanyikan lagu-lagu pujian yang indah kepada Tuhan. Saya seolah-olah terus-menerus mendengar suara kalian yang sudah biasa saya dengar, yang saling memberitahu tentang kelahiran Penyelamat pada ‘Malam yang Mengagumkan’.”