Bulan: Januari 2025

Tuhan Tahu Semuanya

Tuhan benar-benar tahu akan semuanya. Tapi menurut sebuah artikel dalam The Wall Street Journal, Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat juga tahu banyak hal tentang kita melalui jejak data telefon pintar kita. Semua orang yang memiliki telefon pintar menghasilkan “metadata” yang meninggalkan “jejak digital.” Walaupun cebisan data setiap individu seakan-akan tidak penting, apabila semua maklumat digabungkan dan dianalisis, “salah satu alat penyiasatan yang paling berkuasa yang pernah dibuat” akan terhasil. Dengan mengesan metadata kita, para penyiasat boleh mengesan tempat yang kita pernah pergi sebelum ini atau tempat yang kita berada pada waktu tertentu.

Memberi Kembali kepada Tuhan

Pada suatu tahun, para pemimpin jemaah kami menjemput kami untuk menderma selain memberi persembahan mingguan biasa kami, untuk membina gimnasium baharu—ruang yang boleh kami gunakan untuk melayani keluarga dalam komuniti kami. Selepas berfikir panjang dan berdoa tentang kos perubatan yang diperlukan sebab hidup saya sendiri yang kurang upaya, saya bertanya kepada suami saya, “Pastikah kami boleh melakukan ini?” Dia mengangguk kemudian berkata. “Kami cuma memulangkan apa yang dimiliki Tuhan kepada-Nya”. “Dia akan menyediakan semua yang kita perlukan.” Memang betul! Lebih satu dekad kemudian, keluarga gereja kami masih melayani Yesus dengan melayani orang di gimnasium itu.

Ketakutan Terhadap Ketidaktahuan

Saya terjaga pada pukul 3 pagi pada hari pertama tahun baru. Tahun yang mendatang terasa begitu beban, menggerunkan saya dengan ketakutan. Kebimbangan terhadap ahli keluarga yang sakit tenat telah lama meletihkan saya. Sekarang, fikiran tentang masa depan menakutkan saya. Adakah lebih banyak perkara buruk akan berlaku? Saya tertanya-tanya.

Janji Tuhan Melampaui Kemusnahan

Satu amaran yang mengerikan telah dikeluarkan apabila Taufan Laura melanda Teluk Mexico yang mengarah ke pantai negeri Lousiana, Amerika Syarikat. Seorang anggota penyelamat mencatatkan kelajuan angin itu 241 kilometer sejam, lalu mengeluarkan mesej yang menggemparkan ini: “Sila meninggalkan tempat anda. Tetapi jika anda memilih tidak berpindah dan kami tidak dapat menghubungi anda, sila tuliskan nama, alamat, nombor keselamatan sosial dan nombor telefon keluarga terdekat anda. Masukkan ke dalam beg plastik ziplock, dan simpan di dalam poket anda. Doalah kita tidak perlu sampai ke tahap ini.” Kru penyelamat tahu bahawa sebaik sahaja Taufan Laura melanda, tiada apa-apa yang dapat dilakukan mereka, kecuali menyaksikan kemusnahan yang bakal terjadi.

Kisah tentang Yesus

Kebanyakan orang tidak pernah mendengar tentang Kate Hankey, tetapi dia seorang wanita yang luar biasa. Sebagai seorang guru, penginjil, pentadbir sekolah, misionari dan penyair, dia setia melayani Yesus pada tahun 1800-an di England. Pada tahun 1867, Kate menghidap penyakit serius. Selama pemulihannya, dia menulis puisi panjang dalam dua bahagian: “Kisah yang Dikehendaki” dan “Kisah yang Diceritakan”. Dengan cara yang sangat peribadi, puisi itu menceritakan hubungannya dengan Yesus dan peristiwa-peristiwa dalam hidup-Nya.