“Saya berhak untuk bahagia,” kata seorang remaja perempuan di sebuah badan perundangan. Namun, kita boleh menemukan sesiapa dan di mana-mana sahaja ada orang membuat seruan yang sama. Seorang pakar motivasi bahkan berkata, “Tuhan mahu kamu bahagia.”
Adakah itu benar? Tidak salah untuk mengejar kebahagiaan. Bagaimanapun, keinginan kita akan mengalami “pasang surut” mengikut keadaan hidup kita detik demi detik, dan keinginan seseorang yang ditunaikan dapat menghancurkan kebahagiaan orang lain.
Yesus memperlihatkan sesuatu yang lebih baik kepada kita. Dia tahu bahawa sejurusnya Dia akan dipakukan pada kayu salib, tempat yang Dia akan menanggung beban dosa dunia. Namun begitu, Dia amat memprihatinkan para murid-Nya. Dia memberitahu mereka, “Kamu akan menangis dan meratap, tetapi dunia akan bersuka ria.” Akan tetapi, Dia juga berkata, “Kesedihanmu akan berubah menjadi kegembiraan” (Yohanes 16:20). Kemudian Dia berjanji, “Hatimu akan dipenuhi kegembiraan, yang tidak dapat diragut oleh sesiapa pun” (ayat 22).
Kegembiraan seperti ini bukan sekadar perasaan baik yang terhasil kerana perkara yang kita ingini telah terjadi. Ia bersumber daripada melakukan kehendak Bapa kita yang di syurga. Yesus juga berkata, “Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu” (Matius 6:33).
Kebahagiaan boleh lenyap mengikut keadaan seterusnya yang tidak menyenangkan. Kegembiraan yang berasal daripada mengikut Yesus pula tidak akan lenyap walaupun dalam keadaan sebegitu.