Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat (AS) membuat laporan bahawa pada tahun 2021, syarikat-syarikat penerbangan AS telah salah mengendalikan dua juta buah bagasi. Syukurlah, kebanyakan bagasi hanya tertunda atau hilang untuk tempoh yang singkat. Walau bagaimanapun, masih ada beribu-ribu buah bagasi hilang sama sekali. Tidak hairanlah keperluan untuk memasang peranti GPS untuk menjejaki bagasi semakin meningkat, apabila syarikat penerbangan gagal berbuat demikian. Setiap kita takut bahawa pihak yang bertanggungjawab tidak boleh dipercayai untuk mengesan milikan kita yang penting.

Israel menghadapi ketakutan yang sama tentang Tuhan, namun mereka hanya takut bahawa Tuhan akan membiarkan mereka. Ketika umat itu bersiap untuk memasuki tanah air baru mereka, Musa menyampaikan berita yang meresahkan bahawa dia tidak akan memimpin mereka lagi. Dia menjelaskan bahawa dia sudah tua dan “tidak dapat giat lagi memimpin [mereka]” (Ulangan 31:2). Saat itu umat mungkin berasa terkejut. Selama ini Musa mewakili hadirat Tuhan selain menyampaikan firman-Nya. Adakah Tuhan akan melupakan mereka sekarang? Adakah Dia akan meninggalkan mereka di padang gurun ini?

Musa berkata, “Jangan takut dan jangan gementar dengan mereka, kerana TUHAN, Allahmu, menyertai kamu. Dia tidak akan membiarkan kamu dan tidak akan meninggalkan kamu” (ayat 6). Musa berjanji bahawa Tuhan akan sentiasa bersama mereka dan meyakinkan mereka bahawa Tuhan sama sekali tidak akan menghilangkan mereka. Begitu juga dalam diri Yesus, Tuhan memberi kita janji teguh tak termungkir yang sama. Kristus akan bersama kita “hingga ke akhir zaman” (Matius 28:20). Tuhan tidak akan kehilangan kita. Tidak sekali-kali.