Suatu hari pada bulan November yang dingin, gereja kami berharap untuk memberikan sejumlah dua ratus buah beg galas kepada para gelandangan. Ketika kami sedang membantu untuk mengisi beg galas tersebut, saya mengkategorikan barang-barang yang telah disumbangkan, berharap agar dapat mencari sarung tangan, topi, stoking dan selimut baru. Gereja kami juga menyediakan kacang pool dan roti sandwic untuk berkongsi kepada para gelandangan yang akan menerima hadiah. Kemudian saya ternampak barang yang mengejutkan saya, iaitu sekeping tuala mandi. Saya telah menumpukan usaha untuk membantu orang mendapat kehangatan dan makanan. Namun ada seseorang telah teringat untuk membantu mereka mengekalkan kebersihan badan.

Alkitab bercakap tentang satu lagi jenis “bersih”, iaitu kebersihan hati dan roh. Yesus menunjukkan hal ini semasa Dia mengecam kemunafikan ahli Taurat dan orang Farisi. Mereka mematuhi syarat-syarat terkecil dalam hukum Taurat, tetapi “tidak mematuhi ajaran Taurat yang benar-benar penting seperti keadilan, belas kasihan dan kesetiaan (Matius 23:23). Kristus berkata kepada mereka, “Kamu membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan, sedangkan bahagian dalamnya penuh dengan hasil kekerasan dan kerakusanmu … Bersihkan bahagian dalam cawan itu, bahagian luarnya akan bersih juga” (ayat 25-26).

Jika kita bertindak seolah-olah kita tidak bernoda secara rohani, ini hanyalah lakonan semata-mata jika kita tidak dibersihkan oleh Kristus. “Apakah yang dapat menghapuskan dosaku?” tulisnya sebuah lagu Injil lama. “Tiada apa-apa selain darah Yesus.” Tuala mandi baru boleh menjadi sebuah hadiah untuk membersihkan bahagian luaran kita. Namun hanya Yesus membersihkan kita dari dalam, menghapus dosa-dosa kita yang paling teruk sekalipun.