Sumber-sumber toksin yang tersembunyi dan diabaikan boleh membawa akibat yang buruk. Menurut laporan dalam jurnal The Wall Street, banyak syarikat telekomunikasi telah membuang lebih daripada dua ribu gelung kabel yang dibuat daripada bahan plumbum ke seluruh kawasan Amerika Syarikat. Plumbum yang bertoksik ini akan mengalir ke bawah air bumi, “di dalam tanah, bahkan wujud pada tiang elektrik.” Seiring waktu, plumbum yang terurai akhirnya akan mencemari tempat orang “tinggal, bekerja dan bermain.” Banyak syarikat telekomunikasi telah menyedari kesan dan bahaya yang dibawa oleh toksik plumbum kepada alam sekitar selama bertahun-tahun, ada juga syarikat telah mengambil tindakan serius tentang risiko larut lesap plumbum ke dalam persekitaran.
Dosa yang tidak diakui dan tidak ditangani juga boleh menimbulkan akibat yang serius, seumpama racun toksik meresap ke dalam kehidupan kita. Apabila seseorang melakukan dosa, biasanya dia cenderung cuba menutup atau menyembunyikannya daripada Tuhan dan orang lain. Tetapi inilah bodoh untuk menikmati perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak Tuhan dan perintah-Nya (Amsal 28:9)—terus mencuba untuk mengabaikan, menyembunyikan atau mencari alasan untuk dosa kita. Seperti yang dinyatakan oleh penulis, “Orang yang menyembunyikan pelanggarannya tidak akan beruntung, tetapi sesiapa mengakui dan meninggalkannya akan mendapat rahmat” (ayat 13).
Apabila kita mengaku dosa kita kepada Tuhan, Alkitab menyatakan bahawa Dia akan menyucikan kita daripada dosa-dosa itu dalam kasih dan rahmat-Nya yang melimpah: “Jika kita mengakui dosa kita kepada Allah … Dia akan menyucikan kita daripada segala kesalahan” (1 Yohanes 1:9). Jadi marilah kita memohon kepada Tuhan untuk menolong kita supaya jujur mengakui dosa kita sebelum toksin meresap ke dalam hati kita dan kehidupan orang lain.