Month: April 2025

Semuanya telah Diampunkan

Dalam salah satu cerpennya, Ernest Hemingway menceritakan kisah tentang seorang bapa berbangsa Sepanyol yang rindu untuk bertemu semula dengan anak lelakinya yang sudah lama renggang dengannya. Maka dia meletakkan iklan dalam sebuah akhbar tempatan yang bertulis: Paco, jumpalah ayah di Hotel Montana pada tengah hari Selasa. Semuanya Diampunkan. Apabila si bapa telah tiba, dia mendapati orang ramai sedang menunggu. Lapan ratus orang yang bernama Paco telah menjawab iklannya, rindu untuk diampuni oleh bapa mereka. 

Kebaikan dalam Kristus 

Apabila Jackie Robinson, pemain kulit hitam pertama dalam Liga Besbol Utama pada zaman moden, bermain di Shibe Park, Philadelphia pada 9 Mei 1947, Doris yang berusia sepuluh tahun berada di astaka bahagian atas bersama dengan ayahnya. Apabila seorang lelaki tua kulit hitam bergerak turun dan kemudiannya duduk di sebelah mereka, ayahnya mendahului untuk berkenalan. Doris berkata bahawa perbualan mereka tentang markah yang diperoleh oleh dua pasukan membuatkan dia berasa seperti orang “dewasa”. Kemudian dia mengenang waktu itu, “Saya tidak pernah melupakan lelaki itu dengan senyumannya.” Interaksi yang menggembirakan antara Doris, seorang gadis muda berkulit putih, dan lelaki tua yang baik hati, yang merupakan anak lelaki seorang hamba, telah memberikan kegembiraan pada hari itu.