Month: Mei 2025

Bawalah di hadapan Tuhan 

Brian telah berada di bilik pakar jantung selama lebih daripada satu jam. Kawannya tetap berada di ruang menunggu, berdoa memohon hikmat dan penyembuhan untuk sahabatnya yang sedang sakit. Apabila Brian akhirnya kembali ke bilik menunggu, dia menunjukkan kepadanya timbunan kertas yang diterimanya. Semasa dia membentangkannya di atas meja, dia membincangkan pelbagai pilihan yang boleh dipertimbangkan untuk merawat keadaannya yang semakin serius. Kedua-duanya membincangkan keperluan untuk berdoa dan memohon kebijaksanaan daripada Tuhan untuk langkah seterusnya. Kemudian Brian berkata, “Apa sahaja yang ada di hadapan, saya di tangan Tuhan.” 

Tangan yang Membantu

Pada awal 1900-an, undang-undang mengehadkan orang kulit hitam dan pendatang di Amerika Syarikat untuk menyewa atau membeli hartanah di Coronado, California. Seorang lelaki kulit hitam bernama Gus Thompson (yang dilahirkan dalam perhambaan) telah membeli tanah lebih awal dan membina rumah tumpangan di Coronado sebelum undang-undang yang mendiskriminasi ini diluluskan. Pada tahun 1939, Gus menyewakannya kepada sebuah keluarga Asia, dan akhirnya menjual tanah itu kepada mereka. Hampir lapan puluh lima tahun kemudian, selepas menjual hartanah itu, beberapa ahli keluarga orang Asia itu mendermakan hasil jualan mereka untuk membantu para pelajar universiti berkulit hitam. Mereka juga sedang berusaha untuk menamakan sebuah pusat di Universiti Negeri San Diego sempena nama Gus dan isterinya, Emma.

Tiada Penyesalan 

Tiada seorang pun menyebut tentang hal-hal yang sering kita habiskan sepanjang hidup untuk mengejarnya.” Itulah persamaan yang didapati oleh Bronnie Ware, seorang jururawat dalam bidang penjagaan paliatif ketika dia menemani dan menjaga pesakit yang menjelang kematian. Dia sengaja bertanya kepada mereka: “Adakah anda akan melakukan sesuatu yang berbeza jika anda boleh melakukannya sekali lagi?” Perkara-perkara yang diharapkan oleh mereka biasanya sama, dan dia menyenaraikan lima perkara yang paling dikesali oleh mereka yang sedang nazak: (1) Saya berharap saya mempunyai keberanian untuk menjalani kehidupan yang benar-benar milik diri saya sendiri. (2) Saya berharap saya tidak menghabiskan begitu banyak masa dalam bekerja. (3) Saya berharap saya ada keberanian untuk meluahkan perasaan saya. (4) Saya berharap saya terus berhubung dengan rakan-rakan saya. Dan (5) Saya berharap saya menjalani kehidupan yang lebih bahagia.

Kasih Seorang Ibu: Menemani dan Mengasihi Anak Kembar Autistik

Sebuah kesaksian penuh kasih, air mata, dan pengharapan dalam Tuhan — sempena Hari Ibu. 

Aku memuji TUHAN yang telah membimbingku; sesungguhnya pada waktu malam suara hatiku juga mengajarku. Aku sentiasa menurut panduan TUHAN. Dia ada di sisi kananku, aku tidak akan goyah. Maka hatiku bersukacita, dan lidahku bergembira; jasadku juga akan tenteram dalam harapan, kerana Engkau tidak akan meninggalkan rohku di…

Kenangan Seorang Ibu

“Saya sangat tidak menyukai Hari Ibu,” kata Donna, ibu kepada tiga orang anak. “Perayaan ini cuma membuat saya mengenang kembali semua kekurangan dan kegagalan yang saya rasai dan alami sebagai seorang ibu.”