Rakan saya pernah memberitahu bahawa dia tidak dapat tidur nyenyak kebelakangan. Masalah tidurnya dikaitkan dengan situasi keluarga yang sukar sehingga dia berjaga pada waktu malam. Kebetulan hari itu saya bersedia untuk mengajar Mazmur 3 dalam kelas Sekolah Ahad bagi orang dewasa.

Dalam mazmur ini, Raja Daud juga mengalami masalah keluarga, yang boleh membuat siapa pun tidak dapat tidur nyenyak. Anak lelakinya, Absalom, telah berkomplot untuk menggulingkan ayahnya dan merampas takhtanya, dengan cara melemahkan kekuasaannya atas Israel.

Daud berasa putus asa. Dia melarikan diri dari Yerusalem setelah mendengar seorang utusan berkata, “Kini hati orang Israel sudah berpihak kepada Absalom” (2 Samuel 15:13). Dalam Mazmur 3:1, Daud menggambarkan keadaannya, “Ya TUHAN, betapa ramainya musuhku!”

Bagaimanapun, perhatikan bagaimana Daud berolehketenangan. Dia teringat bahawa Tuhan ialah perisai yang , dan Tuhan “mengangkat kepala[nya]” (ayat 3). Kemudian datanglah bantuan yang setiap kita perlukan apabila kita bimbang tentang kesusahan kita: Daud dapat “baring dan tidur.” Dia menyedari, “Aku terjaga semula, kerana TUHAN memeliharaku” (ayat 5).

Bagi rakan saya yang menghadapi masa sukar, ini merupakan berita yang menguatkan. Begitu juga bagi setiap kita yang mengalami malam-malam kegelisahan, Tuhan ialah pelindung kita dan pemberi ketenangan. Apabila kita menaruh segenap kepercayaan kita kepada-Nya, Dia menolong kita untuk “baring dan tidur” (ayat 5).