Valerie tinggal di sebuah pekan di tepi laut. Dia menyukai cuaca panas, mengambil gambar hidupan liar dan berendam dalam air. Antara semua aktiviti yang paling disukainya adalah melihat matahari terbit di atas lautan. Setiap pagi, dia bangun sebelum subuh untuk melihat pemandangan laut. Valerie menganggarkan bahawa walaupun cuaca mendung atau dia harus pergi ke tempat lain, dia masih berjaya melihat lebih daripada tiga ratus pemandangan matahari terbit di tepi laut setiap tahun. Dia tidak pernah jemu memerhatikanpemandangan itu. Baginya, pemandangan matahari terbit itu mempunyai kemuliaan yang dia tidak mahu terlepas melihatnya.
Dalam Keluaran 34, kita membaca tentang kulit muka Musa bercahaya-cahaya kerana dia telah berbicara dengan “TUHAN” secara nyata (ayat 29-35). Paulus berkata bahawa sejak Yesus datang, ada pelayanan yang lebih besar lagi kemuliaannya daripada apa yang dialami Musa (2 Korintus 3:7-8). Pelayanan itu ialah pelayanan Roh, yang membawa manusia kepada perbenaran (ayat 8-9). Rancangan penyelamatan Tuhan mempunyai kemuliaan yang kekal, melebihi apa-apa yang sebelumnya (ayat 10), dan kita boleh mengambil bahagian di dalamnya. Rasul berkata, “Kita semua melihat kemuliaan Tuhan tercermin dengan wajah yang tidak berselubung, dan kita diubah menjadi serupa dengan-Nya dalam kemuliaan yang kian besar” (ayat 18). Kemuliaan yang kian besar itu tidak tertakluk pada kekuatan kita tetapi tertakluk pada Roh Kudus. /Umpama awan pada waktu matahari terbit, kita kian hari semakin memancarkan sinar segala kerja mulia yang dilakukan Tuhan.