Tom berumur tujuh tahun, dan sangat mengagumi pameran piala-piala berkilat di rak milik ayahnya daripada acara larian ketika di sekolah. Dia berfikir, saya pun mahu piala itu untuk diletakkan di bilik tidur saya. Jadi dia bertanya, “bolehkah ayah beri saya salah satu piala itu?” Bapanya dengan hairan menjawab, “Tidak, Tom, itu ayah punya. Ayah yang berusaha mendapatkannya. Kamu sendiri boleh mendapatkan piala sendiri nanti.” Kemudian mereka membuat rancangan bahawa jika Tom dapat berlari mengelilingi blok dalam jangka masa tertentu (dia tahu anaknya boleh melakukannya), dia akan memberinya satu piala miliknya sendiri. Maka Tom berlatih dengan bimbingan ayahnya, dan seminggu kemudian bapanya bersorak memberi semangat semasa dia berjaya menghabiskan larian dalam masa yang ditetapkan. Tom belajar tentang disiplin diri dan kerja keras, dan bapanya mendorongnya dengan memberikan piala kepadanya.

Amsal 1:8 menggalakkan kanak-kanak untuk “dengarlah didikan ayahmu.” Bapa Tom juga mengajarnya tentang perlumbaan hidup bersama Yesus dan mendengar bimbingan-Nya. Dia mengarahkannya tentang memilih “apa yang benar, adil dan saksama,” seperti yang dilakukan oleh bapa dalam Amsal (ayat 3). Ajaran seorang bapa adalah berharga, bagaikan “hiasan indah kepalamu,dan kalung bagi lehermu” (ayat 9).

Anda mungkin tidak mempunyai bapa duniawi yang boleh membimbing anda dalam perlumbaan iman bersama dengan Kristus. Tetapi Tuhan boleh membawa anda kepada seorang mentor yang dapat berkongsi hikmat mereka. Atau mungkin Tuhan memanggil anda untuk membimbing seseorang. Dia akan memberi anda bimbingan semasa anda aktif berlumba bersama orang lain dalam perlumbaan iman ini.