Dipimpin oleh Roh Kudus
Apabila aplikasi pandu arah (navigasi) mencadangkan satu laluan yang dapat menjimatkan hampir sejam perjalanan mereka dari Las Vegas ke Los Angeles, Shelby Easler dan saudaranya pun mengikut arahan laluan alternatif itu. Bagaimanapun, “jalan pintas” tersebut membawa mereka menyusuri jalan tanah selama berjam-jam dan menyebabkan mereka terkandas di Gurun Mojave, California semasa ribut pasir. Mereka dapat berpatah balik, tetapi terpaksa mendapatkan bantuan kereta tunda kerana keadaan jalan yang teruk itu menyebabkan kereta mereka rosak. Selepas menerima laporan, pemaju aplikasi itu memohon maaf kepada para pengguna yang telah mengikut arah jalan yang salah tersebut.

Nekad dalam Doa
Apabila Hannah, anak perempuan Royston, berada dalam koma akibat pendarahan otak, dia dan keluarganya terus-menerus berdoa kepada Tuhan. Selama berbulan-bulan menunggu, mereka bergantung pada satu sama lain—dan kepada Tuhan. Iman keluarga ini dibangkitkan, seperti dikongsikan oleh Royston: “Saya tidak pernah merasa Tuhan begitu dekat.” Sepanjang tempoh kesukaran itu, mereka mengalami “pembaharuan iman untuk terus berdoa” seperti balu di dalam Lukas 18.

Tempat Persembunyian
Dalam satu perjalanan jauh bersama keluarga, saya menghabiskan masa berjam-jam memandu melalui negeri Montana dan South Dakota yang jarang penduduk. Ketika memandu, saya mula menyedari satu corak: Kawasan ladang yang luas dipenuhi dengan rimbunan pokok-pokok yang mengelilingi sebuah rumah. Semasa saya berusaha untuk mengawal van kami supaya kekal di lorong kami kerana angin yang kencang, saya mula sedar bahawa keberadaan pokok-pokok di situ bukan sahaja ditanam untuk keindahan. Pokok-pokok tersebut juga ditanam sebagai penghadang angin untuk melindungi rumah dan penghuninya daripada tiupan angin kencang yang melanda kawasan tersebut.

Menyanyikan Pujian kepada Tuhan
Apabila penglihatan Diana mula merosot, dia menjadi bimbang. Dia juga mengalami kesukaran untuk berfikir dan sering mengulangi kata-kata sendiri. Gejala-gejala tersebut menyebabkan para doktor percaya bahawa masalah bukan pada matanya, tetapi sesuatu dalam otaknya. Mereka kemudian mendapati bahawa terdapat ketumbuhan besar dalam otaknya yang perlu dibuang. Diana risau bahawa pembedahan itu akan menjejaskan kemampuannya untuk menyanyi—sesuatu yang sangat diminatinya dan dikongsikan bersama keluarganya. Maka, pakar bedahnya melakukan sesuatu yang luar biasa dengan mengekalkan Diana dalam keadaan sedar semasa dalam pembedahan yang tidak menyakitkan, malah minta Diana menyanyi sepanjang pembedahan agar dia tahu bahagian saraf otak yang berkaitan tidak terjejas. Malah, mereka berdua merakamkan lagu duet semasa pembedahan itu.
Dengan Kebenaran Tuhan
Perkataan Tahun 2023 menurut Kamus Merriam-Webster ialah authentic (tulen/asli). Ia bermaksud “bukan palsu atau tiruan” dan “benar kepada keperibadian, semangat, atau karakter sendiri.” Manusia mencari kebenaran, tetapi ini boleh menjadi satu cabaran untuk membezakan fakta daripada rekaan. Editor Peter Sokolowski berkata, “Bolehkah kita percaya sama ada seorang pelajar menulis kertas kerja ini [atau] ... betulkah ahli politik yang mengeluarkan penyataan ini? Kita tidak lagi mempercayai apa yang kita lihat. Kadangkala kita tidak percaya akan mata atau telinga kita sendiri. Kini kita menyedari bahawa keaslian itu sendiri mungkin sahaja satu bentuk ilusi.”.