Van mini saya yang tua mempunyai paparan digital dengan singkatan DTE: Distance ’Til Empty (Jarak Hingga Kosong). Ia menunjukkan kiraan jarak secara tepat sebelum sesebuah kereta kehabisan minyak. Kebanyakan kereta moden sekarang ada ciri ini. Ia sangat berguna: Mengetahui dengan tepat berapa jauh yang boleh dipandu sebelum saya perlu mengisi minyaksangat penting untuk menggelakkan daripada terkandas!
Tahukah anda, Sepuluh Perintah Tuhan sebenarnya ada satu fungsi kuno yang serupa dengan ciri DTE ini? Ia dipanggil Hari Sabat. Dalam Keluaran 20, Tuhan memberitahu kita bahawa selepas enam hari bekerja, kita kehabisan “minyak” secara metafora: “Ingatlah hari Sabat dan jagalah kesuciannya. Enam hari lamanya engkau harus bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, tetapi hari ketujuh ialah hari Sabat bagi TUHAN, Allahmu. Pada hari itu jangan melakukan pekerjaan apa-apa pun” (ayat 8-10).
Kita mungkin tergoda untuk mengabaikan perintah ini. Sebenarnya, larangan seperti jangan berbohong, mencuri, membunuh, berzina, mengingini, dan menyembah berhala (ayat 1-17) kelihatan jelas dan penting. Namun, berehat sehari setiap minggu? Adakah ini benar-benar penting?
Kita mungkin fikir kita boleh “menipu” dalam hal ini. Tetapi, Hari Sabat sebenarnya satu anugerah yang menjemput kita untuk berehat. Kita berhenti bekerja, untuk mengingat bahawa Tuhanlah yang menyediakan segala keperluan kita, bukan atas usaha kita yang tidak pernah berhenti.
Jarak hingga kosong? Enam hari. Pada hari ketujuh, Tuhan dengan penuh kasihmengajak kita untuk berehat, memulihkan semula tenaga, dan berhenti daripada menganggap bahawa semuanya bergantung pada kita.