Apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda apabila mendengar perkataan harta? Mungkin anda terfikir tentang hartanah. Tapi “harta milik” juga boleh bermaksud “sifat atau ciri yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu benda.” Contohnya, sifat kayu tertentu memberitahu kita tentang kualitinya. Apakah teksturnya? Adakah ia mudah mengecut? Adakah ia tahan air? Dengan kata lain, apakah ciri-ciri kayu itu yang boleh kita harapkan?

Saya dan isteri menghadiri gereja yang tradisional—jemaah akan doa bersama, berlutut, pembacaan Alkitab, dan Perjamuan Kudus. Salah satu doa yang kami doakan setiap Ahad mengandungi frasa ini: “Engkaulah Tuhan yang harta milik-Mu adalah sentiasa mengasihani.” Ini bukan bercakap tentang hartanah milik Tuhan, tetapi tentang kualiti atau sifat yang dimiliki Tuhan—yang sentiasa menunjukkan belas kasihan, bukan sekali-sekala tetapi sepanjang masa.

Nehemia 9 memberi kita gambaran tentang umat Israel berkumpul, berpuasa, memakai kain guni dan menabur debu di kepala mereka (ayat 1), mengakui dosa mereka dan dosa nenek moyang mereka (ayat 2, 16). Mereka memuji Tuhan kerana kesabaran-Nya di sepanjang sejarah Israel: “Engkau tidak meninggalkan mereka di gurun itu atas sebab teramat besarnya kasih sayang-Mu” (ayat 19). Tuhan sebenarnya boleh saja menghukum atau meninggalkan mereka, tetapi Dia tidak pernah berbuat demikian. Mengapa? Kerana itu bukan harta-Nya. Dia ialah “Allah yang pengasih dan penyayang” (ayat 31).

Dalam doa-doa pengakuan dosa kita, marilah kita juga memuji Tuhan untuk harta-Nya yang boleh dipercayai—belas kasihan-Nya.